Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.na.rai] | ترسناراي

Definisi : tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara dua ayat yang berikut yang manakah betul. 1. Hanya nama mereka yang tertulis namanya layak mendapat bantuan kewangan. 2. Hanya nama mereka yang tersenarai namanya layak mendapat bantuan kewanganKedua-duanya kurang tepat, ayat yang betul ialah; "Hanya mereka yang tersenarai namanya layak mendapat bantuan kewangan".Tatabahasa10.08.2009
Adakah semua contoh yg tersenarai mengikut bentuk kata nama tersebut betul. terima kasih

Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan lanjut.

Tatabahasa22.10.2009
public listed componysyarikat tersenarai awamIstilah09.01.2012
maksud flor daripada bahasa indonesia ke bahasa melayuMerujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia, perkataan flor tidak tersenarai dalam entrinya.Makna17.03.2010
Kata BI yang dipinjam dan diterjemah e.g. fermentasi, bolehkan diberikan awalan dan akhiran, seperti difermentasikan.Fermentasi tidak tersenarai sebagai kata Melayu.Padanannya ialah penapaian.Istilah21.03.2005
1) Mohon tanya penjodoh bilangan bagi cek. `Sekeping' cek atau `sehelai' cek. 2)Adakah semua kosa kata/perbendaharaan kata yang tersenarai di dalam Kamus Dewan, DBP boleh digunakan dalam penulisan? Terima kasih. Izani Hj. Daud

1. Penjodoh bilangan betul ialah "sekeping cek".

2. Tidak semua kata yang terakam dalam Kamus Dewan boleh digunakan dalam situasi rasmi. Kamus merakamkan kata yang hendak dihuraikan maknanya. Perkataan yang ditanda "bp" merujuk kepada bahasa percakapan dan kata ini tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi.

Tatabahasa17.07.2011
Salam, saya ingin tahu..sebenarnya, perkataan 'kemudian' berperanan sebagai kata hubung ataupun sebagai penanda wacana?Hal ini adalah kerana perkataan 'kemudian' tersenarai dalam kata hubung gabungan dalam tatabahasa dewan sedangkan setelah sekian lama penulis (kebanyakannya guru sekolah) mengelaskan perkataan tersebut dalam penanda wacana. Sekian, terima kasih.Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. "Kemudian" antara contoh kata hubung gabungan.

Penanda wacana digunakan untuk meweujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran.

'Kemudian' antara contoh penanda wacana penghubung jenis tempoh iaitu penanda penghubung yang menunjukkan murutan masa atau siri berlakunya sesuatu.
Tatabahasa16.01.2013
Salam... Apakah kata ganti nama yang paling sesuai untuk perkataan Islami. Ini kerana beberapa atikel menggunakan perkataan tersebut ada dituliskan namun tiada kata seerti tersenarai di dalam sistem DBP. Adakah wajar perkataan ini terus digunakan jika belum diwartakan dalam daftar kata bahasa melayu. Sekian, terima kasih.Perkataan Islami tidak terdapat dalam Kamus Dewan atau mana-mana sumber terbitan DBP. Mohon saudara nyatakan dalam artikel mana atau bagaimana penggunaan perkataan ini dalam artikel yang saudara baca bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.Istilah27.06.2010
Apakah kepentingan indeks emas?Indeks emas ialah istilah ekonomi yang bermaksud indeks yang komponennya terdiri daripada semua kaunter yang tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yang menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran. Untuk keterangan lanjut tentang kepentingan indeks emas, sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain20.06.2010
Adakah terdapat kata sisipan dalam perkataan 'kelebak'? Pada pengetahuan saya, jika saya buang sisipan 'el', perkataan dasarnya akan jadi 'kebak'. Saya telah semak di dalam kamus, perkataan tersebut (kebak) tidak tersenarai. Jadi, adakah perkataan 'kelebak' boleh diterima sebagai kata sisipan? Begitu juga perkataan 'kelingking'. Jika kita buang sisipan 'el', perkataan tersebut akan jadi 'kingking'. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-3, perkataan 'kingking' bermaksud 'limau'. Dari manakah asal perkataan tersebut? Mengapa perkataan tersebut membawa maksud 'limau'? Terima kasih.Tidak semua perkataan yang ada huruf el di tengah-tengah perkataan menunjukkan berlakunya proses sisipan el pada perkataan tersebut. kata dasar dan kata yang ada sisipan el mempunyai makna yang hampir sama, seperti serak dan selerak. Kamus Dewan tidak menyenaraikan etimologi (asal-usul kata), sila rujuk kamus/buku lain yang berkaitan. Tatabahasa03.09.2008
123

Kembali ke atas