Ramo Omran Sep 7th, 1:02pm BAHASA MELAYU KETINGGALAN DAN TERSISIH DINEGARA SENDIRI. | Terima kasih atas pandangan yang dilontarkan. Untuk mencari jawapannya perlu diteliti dan dibincangkan dengan lebih rinci. | Lain-lain | 07.09.2015 |
Boleh terangkan semua maksud yang berkaitan dengan kata majmuk menara gading | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud a) keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). | Tatabahasa | 20.02.2015 |
Anas Hashim Feb 22nd, 12:52pm Menara Gading = Universiti atau Tetek Perempuan?. Jadi mana satuvyabg betul? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi. | Lain-lain | 22.02.2015 |
Irwan A. Rahman Feb 17th, 8:45pm Assalammualaikum. Sahabat. Saya Irwan Ketua Kemunikasi TV AlHijrah. Mohon pencerahan -> Menara Gading = Tetek Perempuan | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa, menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi. | Makna | 17.02.2015 |
Ween Zarul Feb 18th, 5:26am Saya ambil gambar ini di FB sepupu saya.... Cuba lihat simpulan bahasa menara gading.. Sungguh mengecewakan.... | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi. | Lain-lain | 25.02.2015 |
Makna peribahasa menara gading. Ada penulis A.Aida dan Nuri akidah dlm buku simpulan bahasa melayu memberi makna yang betbeza sekali. Boleh mengelirukan murid. | Dalam data rujukan kami, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa, menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi. | Makna | 20.02.2015 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ini heboh di media sosial berkenaan maksud MENARA GADING, yang antara lain membawa maksud tetek perempuan (maaf jikalau bahasa kurang sopan, tapi ini yang tertulis di dalam kamus tersebut) dan makna tersebut terdapat di dalam kamus cetakan Utusan dan Al-Hidayah. Soalan saya, benarkah penggunaan istilah ini? Saya berpendapat perkataan ini digunakan pada Bahasa Melayu terdahulu, tapi nasihat/rujukan tuan/puan lebih saya dahulukan. Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi. | Tatabahasa | 14.03.2015 |
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks | bangunansesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama; wisma- 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.
menara- bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang
kompleks- (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
| Makna | 30.09.2009 |