Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.so.hor] | ترسوهور

Definisi : bp termasyhur, terkenal: dialah yg paling kesohor antara mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersohor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon tanya, betul atau tidak penggunaan perkataan `sangat tersohor' atau hanya memadai menggunakan kata tersohor (sebab kata penguat `ter' merupakan darjah paling tinggi)

Frasa 'sangat tersohor' adalah betul kerana tersohor ialah kata adjektif (sohor - kata kerja, tersohor - kata adjektif) yang didahului oleh kata penguat sebelumnya sama seperti frasa sangat cantik.

Tatabahasa19.05.2011
Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau. munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan mencungkil. TK?Mereka sedang berbincang dengan ahli perniagaan yang tersohor itu untuk mencungkil pengalaman beliau.

Perkataan yang paling hampir dengan perkataan mencungkil ialah seperti mengorek, menimba, mendapat, mengetahui. Perkataan mencungkil lebih sesuai dalam konteks ayat yang dinyatakan.
Tatabahasa24.04.2013
bahasa melayu komunikasi-komunikasi bertulisBahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Banyak kitab agama dan hikayat tersohor telah ditulis oleh pembesar Melayu. Selain, dalam persuratan, bahasa Melayu pada zaman itu juga telah dijadikan bahasa pentadbiran, perniagaan  dan bahasa komunikasi sosial. Hingga sekarang, bahasa Melayu tetap menjadi media komunikasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Dalam konteks bahasa Melayu komunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan, penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan aspek tatabahasa yang betul, laras yang sesuai, santun, dan mudah difahami. Dalam bidang penulisan, penulis mestilah seseorang yang mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang tinggi dan menguasai bidangnya apabila menggunakan bahasa Melayu terutama dari segi istilah dan laras. Lain-lain09.02.2008
Sekiranya kita menulis sebuah karangan bolehkah kita memasukkan dialek contohnya : cakna ,Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya.    Istilah18.08.2009
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih

Saudara,

Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah

terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll),  laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya;  bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu;  memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin).  Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan.   

Makna  beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; 
  

Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b).
Lain-lain15.10.2010
Bolehkan perkataan 'cakna' digunakan dalam karangan penulisan diperingkat UPSR,PMR atau SPM.Adakah perkataan ini diterima oleh lembaga peperiksaan.Cakna membawa makna - merupakan dialek Negeri  Terengganu iaitu ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya.    
Tatabahasa10.10.2012
Salam sejahtera, Terima kasih kerana menjawab soalan tadi ('black sheep' = 'scapegoat' = 'kambing hitam') dengan cepat. Untuk makluman, soalan saya adalah spesifik dan bukannya umum. Dengan jawapan terkini dari pihak KNDBP, maka saya andaikan jawapannya ialah "YA, guru-guru di Malaysia perlu memberikan DUA makna untuk penggunaan 'black sheep': (a) penggunaan di Malaysia, DAN (b) penggunaan di luar Malaysia (yang tidak membawa maksud 'kambing hitam'). Untuk makluman juga, soalan ini saya bawa terus kepada pihak KNDBP kerana DBP merupakan badan tersohor penggunaan bahasa Melayu di Malaysia dan saya memerlukan khidmat nasihat berkenaan bahasa. Saya andaikan soalan berkenaan bahasa harus sentiasa dirujuk kepada pihak DBP. Terima kasih.

Khalayak termasuk guru-guru boleh diberikan peluasan makna yang terdahulunya tidak ada dalam sesuatu kata. Dalam contoh yang diberikan, guru-guru boleh dimaklumkan tentang peluasan makna kata scapegoat.

Lain-lain31.10.2011

Kembali ke atas