salam DBP, saya ingin bertanya tentang "terikat pada / kepada". Berdasarkan kata kerja "tertakluk", "tertakluk pada" digunakan dan bukannya "kepada", kerana "tertakluk" tidak menunjukkan aksi yang nyata. Contohnya: Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut. Jadi, bagaimanakah pula tentang kata kerja "terikat"? contoh: 1. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat pada / kepada suaminya lagi. 2. Perahu itu terikat pada / kepada tepi jeti. Saya juga berasa terkeliru dan ada percanggahan apabila melihat contoh-contoh dalam kamus laman web ini. Mohon tunjuk ajar, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut.
- Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat kepada suaminya lagi.
- Perahu itu terikat pada tepi jeti.
| Tatabahasa | 21.01.2015 |
1) Tertakluk kepada atau tertakluk pada? 2) Terima kasih di atas masa anda atau Terima kasih atas masa anda? | 1. Frasa yang betul ialah tertakluk pada seperti tertakluk pada terma dan syarat. 2. Terima kasih atas ... | Tatabahasa | 13.07.2012 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana sudi membantu. Yang manakah betul, "tertakluk kepada" atau "tertakluk pada"? | Jawapan tyang betul ialah "tertakluk pada" | Tatabahasa | 13.09.2019 |
Tertakluk pada / kepada | Tertakluk pada - di atas - atas - dalam - di dalam | Lain-lain | 14.06.2007 |
tertakluk kepana terma and syarat atau tertakluk pada terma dan syarat? | Tertakluk pada terma dan syarat. | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Saya pernah terbaca pernyataan yang mengatakan tertakluk atau bergantung hendaklah dipadankan dengan kata sendi nama 'pada' seperti tertakluk pada, bergantung pada. Bukannya kata sendi nama 'kepada'. Bagaimana kalau ia merujuk kepada manusia seperti sekarang, kami bergantung sepenuhnya kepada awak, Ali. Adakah ayat di atas dikira salah? | Frasa yang betul ialah tertakluk pada dan bergantung pada kerana kata sendi nama pada digunakan sandaran kepada tertakluk dan bergantung. Walau bagaimanapun ayat "kami bergantung sepenuhnya kepada awak, Ali" menunjukkan kata sendi nama "kepada" dan diikuti kata nama "awak". | Tatabahasa | 09.06.2015 |
Saya masih keliru, kenapa perkataan tertakluk dan bergantung mesti diikuti dengan kata sendi nama "pada" dan bukannya "kepada"? Apakah pertimbangan atau rujukan yang dibuat bagi menentukan sendi nama itu bagi perkataan-perkataan ini. Saya telah melihat PRPM. Alasan yang diberikan antara lainnya menyebut "frasa yang betul ialah "bergantung pada" kerana sendi nama pada digunakan sandaran kepada bergantung, begitu juga tertakluk". Jadi, kenapa kata sendi "kepada" tidak boleh jadi sandaran kepada kedua-duanya ini sedangkan jika dilihat kepada maksud, ia juga boleh dijadikan sandaran. Bergantung kepada keadaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Saya dapati ada juga jawapan yang menyatakan kalau kepada orang contohnya awak, boleh pula guna kepada, contoh "tertakluk kepada awak". Tiada mana-mana penjelasan terdahulu yang menyatakan "tertakluk pada" adalah pada benda atau abstrak, manakala "tertakluk kepada" kepada manusia. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Menurut buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (hlm. 272) kata sendi nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat dan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi sesuatu kata kerja (perkara ini membawa maksud sandaran). Oleh itu, salah satu daripada fungsi kata sendi nama “kepada” adalah untuk menunjukkan maksud sasaran. Manakala, salah satu daripada fungsi kata sendi nama “pada” adalah untuk menunjukkan maksud sandaran. Jadi, penggunaan frasa yang betul ialah "bergantung pada atau tertakluk pada", iaitu membawa maksud sandaran bukannya kepada yang membawa maksud sasaran. | Tatabahasa | 09.04.2020 |
Manakah yang betul: Tertakluk kepada Peraturan 4; atau, Tertakluk pada Peraturan 4? Terima kasih. | Saudara, Menurut rekod data kami, kedua-dua jawapan tersebut betul. | Tatabahasa | 29.04.2020 |
WordPress tidak tertakluk kepada/pada platform pembangunan blog sahaja. | Frasa yang betul ialah "tertakluk pada". | Tatabahasa | 25.10.2011 |
1)....for 8 month ... 2)tertakluk pada terma dan syarat | 1) ...sebelum 8 bulan.... 2)tertakluk pada terma dan syarat | Istilah | 07.06.2011 |