| 1. Ketua darjah mengambil kedatangan murid untuk memastikan tidak ada murid yang (tertinggal/ketinggalan). 2. Kita harus menggosok gigi supaya tidak mengalami karies gigi. (ayat ini betul?) Minta penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Ketua darjah mengambil kedatangan murid untuk memastikan tidak ada murid yang tertinggal semasa lawatan. 2. Kita harus menggosok gigi supaya tidak mengalami karies gigi.
| Tatabahasa | 12.04.2023 |
| Tolong / Minta kakak ke kaunter untuk mengambil barang yang tertinggal. Tolong atau Minta, mana satu jawapan yang betul? | Tolong - Digunakan untuk menyatakan permintaan, arahan, harapan dan sebagainya secara lembut. Contohnya, “Tolong jangan bunuh aku!” katanya terketar-ketar. Minta - Digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar.” Ayat tersebut sesuai menggunakan kata perintah “tolong”: “Kakak, tolong pergi ke kaunter untuk mengambil barang yang tertinggal.” Penggunaan kata perintah “tolong” dan “minta” perlu disesuaikan mengikut konteks tertentu dalam ayat. Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1467 dan 2393. | Tatabahasa | 15.10.2025 |
| Mohon bantuan mengenai terjemahan perkataan untuk konsep "social inclusion". Konsep ini bermaksud memastikan semua ahli masyarakat tidak tertinggal/terkesamping dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya. Ia adalah satu konsep kebajikan. Lawan kepada perkataan "Social exclusion". Terima kasih. | "Inclusion" dapat diterjemakan sebagai "rangkuman". Namun begitu, dalam konteks maksud yang Saudara berikan dan dalam bidang ekonomi pembangunan, "social inclusion" boleh diterjemahkan sebagai "penyertaan sosial". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2014 |
| saya hantar sudah menghantar salinan contoh papantanda dan perkataan pada papantanda untuk semakan sudah diluluskan. Masalah saya sekarang nak hantar semula sebab ada satu huruf tertinggal. saya dikehendaki buat bayaran dahulu ke? | Untuk pertanyaan mengenai iklan sila hubungi pegawai kami melalui talian 03-21479110 (Pn. Assmah) | Lain-lain | 08.06.2017 |
| apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah. | Makna | 22.09.2007 |
| " Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" ayat tersebut mengalami proses pengguguran jenis apa | Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. | Tatabahasa | 26.05.2011 |
| Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi." Mereka mendakwa dengan berkata,"Kami ialah orang yan melakukan kebaikan." Soalan; adakah huruf besar dan tanda bacaan betul dalam petikan tersebut. | Penggunaan huruf besar dan tanda bacaan dalam petikan tersebut adalah betul. (kecuali ejaan yang - tertinggal huruf g) | Lain-lain | 16.11.2020 |
| Saya merujuk penggunaan perkataan dalam 'RUKUN NEGARA' PELITA BAHASA Mei 2011 m.s.54 (dan dalam keluaran bulan-bulan terdahulu) 1. bolehkah perkataan 'di kalangan' telah diubah menjadi 'dalam kalangan' (dot pertama) 2. 'di mana' (dot kedua) masih dikekalkan? 3. 'bersama' (dot ketiga) kenapa tidak 'bersama-sama' 4. perkataan 'bersama' - tertinggal dalam RUKUN NEGARA tulisan jawi (DOT 3) | Untuk makluman saudara, ketiga-tiga perkataan/frasa tersebut disalin dan dikekalkan ejaannya seperti teks asal Perisytiharan Rukun Negara. Walau bagaimanapun tidak semua perkataan/frasa tersebut betul dari aspek tatabahasa. Frasa 'dalam kalangan' adalah lebih penggunaannya daripada 'di kalangan' kerana kata di digunakan di hadapan kata nama yang merujuk tempat dan masa, sedangkan kalangan bermaksud lingkungan atau golongan (tiada kaitan dengan tempat atau masa). Frasa 'di mana' tidak digunakan dalam ayat penyata, sebaliknya digunakan dalam ayat tanya yang merujuk tempat. Perkataan 'bersama' sama maknanya dengan 'bersama-sama'. Terima kasih atas makluman tuan dalam soalan ke-4 dan hal ini akan saya kemukakan kepada pihak yang berkenaan. | Tatabahasa | 16.05.2011 |
| Ayat " Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" Ayat tersebut mengalami proses pengguguran FN sbg subjek atau FN yang berfungsi sebagai inti dalam FN.ApakahTQVM | Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
| Designed with deeper center line and tiny holes at both sides, which allow excess water to flow out in order to keep countertops dry. (Terjemah ke BM) Permukaan di tengah-tengah yang lebih dalam dan lubang kecil di hujung rak membolehkan lebihan air mengalir keluar supaya rak sentiasa kering. | Apabila membaca terjemahan ini seolah-olah ada beberapa perkataan yang tertinggal atau sebenarnya memang sengaja tidak diterjemahkan secara langsung kerana ayat ini merupakan sebahagian daripada keterangan induk. Dicadangkan terjemahan yang lebih jelas - Reka bentuk permukaan di tengah-tengah yang lebih dalam dan lubang kecil di kedua-dua bahagian hujung rak membolehkan lebihan air mengalir keluar bagi memastikan rak sentiasa kering. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.04.2014 |