adakah wajib 'nya' selepas perkataan 'terutama'? Contoh, terutama'nya'. | Perkataan bagi terutama dan terutamanya betul dan boleh digunakan. | Ejaan | 15.01.2021 |
Apakah terjemahan bagi His Grace? Jika Yang Mulia, bukankah ia akan menjadi sama dengan His Highness? Mengapa His Excellency diterjemahkan kepada Tuan Yang Terutama, bukan Yang Terutama? Sepatutnya His Majesty juga diterjemah sebagai Tuan Yang Mulia jika begitu. Gelaran Emperor Emeritus bagi Maharaja Akihito diterjemahkan sebagai Atimaharaja, betulkah, atau gelaran itu diterjemah sebagai Maharaja Emeritus? Apa maksud Atimaharaja? Empress Emerita bolehkan diterjemah sebagai Maharani Emerita? His Majesty The King diterjemah sebagai Baginda Raja atau Paduka Raja? Apa bezanya? Bagaimana cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja seperti Raja Arab Saudi> Adakah KDYMM Raja Salman, Raja Arab Saudi atau DYMM Raja Arab Saudi Raja Salman? | Dalam konteks khusus budaya di Malaysia, saya sarankan tuan menghubungi pihak yang berikut untuk rujukan panggilan hormat Agong/golongan kerabat diraja atau orang kenamaan serta merujuk panduan rasmi protokol yang sahih - sama ada pihak Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, atau Jabatan Penerangan Malaysia, atau Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (UiTM). Hal ini disarankan kerana gelaran rasmi dalam bahasa Inggeris ada hubung kait dengan autonomi istiadat pihak berwibawa, dan tidak mengguna pakai kaedah terjemahan literal. Dalam konteks umum, data kamus dwibahasa DBP menunjukkan terjemahan panggilan hormat Tuan Yang Terutama/Tuan Terutama (kedua-duanya sama) sebagai His Excellency adalah betul. Terjemahan His Grace ialah Yang Teramat Mulia, dan lazimnya penggunaan tersebut adalah dalam budaya bangsawan barat atau penggunaan khusus keagamaan selain agama Islam. Untuk pengesahan terjemahan Emperor Emeritus dan Empress Emerita, diterjemahkan sebagai Maharaja Emeritus, dan Maharani Emerita masing-masing adalah betul. Tiada kata Atimaharaja dalam data kami. Cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja luar seperti Raja Arab Saudi juga tertakluk pada sumber rujukan sahih kerana pemakaian panggilan hormat untuk raja atau pemimpin luar negara perlu mengikut protokol antarabangsa, serta tidak boleh disamakan dengan konteks Malaysia. Untuk itu saya sarankan tuan mendapatkan sumber rujukan daripada pihak yang dinyatakan tadi atau pihak kedutaan negara berkenaan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2025 |
Slm, Soalan: Kes keracunan makanan terutama/terutamanya di sekolah.... (Penggunaan yang betul adalah terutama atau terutamanya?) | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 28.10.2010 |
Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen | Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen boleh dilihat melalui kumpulan cerpen beliau seperti berikut: i. Hujan di Daerah Settha, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978. ii. Di Perhentian Pertama, Kuala Lumpur: Utusan Melayu & Distributors, 1975. iii. Di Tengah Perempuan, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984. iv. Kepulangan Seorang Tua, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984, dan v. Sang Tahanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. | Lain-lain | 29.02.2008 |
salam bahagia, saya ingi bertanya bolehkah perkataan "terutama" digunakan di permulaan ayat? adakah ianya kata hubung? diberi contoh ayat bagi surat peringatan : 2. Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami di Cawangan Perolehan mendapati bahawa berkenaan tentang KETIDAKHADIRAN pekerja-pekerja pembersihan sejak November 2017.Susulan daripada itu kami juga menerima aduan daripada Pegawai Pemantau yang dilantik bagi setiap lokasi mengenai keadaan kebersihan persekitaran di ruang pejabat, lobi dan tandas berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN. Terutama longgokan sampah yang banyak bagi setiap tempat tidak dikutip dan tiada penyediaan tisu dan sabun pencuci di tandas dan sebagainya. | Salam sejahtera, Tuan, Terutama merupakan kata terbitan bagi perkata "utama". Perkataan "utama" merupakan kata adjektif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tidak boleh digunakan pada awal ayat. Sila kemukakan soalan berikutnya dengan lebih jelas. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan terutamanya? | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2490, perkataan “terutama” merupakan kata adjektif terbitan yang bermaksud paling utama; mula-mula sekali; lebih baik; lebih-lebih lagi. Dalam penulisan, perkataan “terutama” digunakan sebagai penanda wacana, iaitu unsur yang menghubungkan atau mengaitkan pelbagai entiti dalam sesuatu wacana. Perkataan “terutama” atau “terutamanya” digunakan untuk menjelaskan atau menekankan tentang suatu hal atau aspek yang memiliki tingkat penting atau keutamaan yang lebih tinggi daripada yang lain dalam suatu konteks tertentu pada ayat. Oleh yang demikian, perkataan “terutamanya” digunakan pada bahagian tengah ayat dan tidak digunakan pada awal ayat. Contoh ayat: - Coklat merupakan manisan yang disukai ramai terutama kanak-kanak.
- Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama.
Untuk maklumat lanjut berkenaan contoh penggunaan perkataan “terutama” atau “terutamanya”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP melalui https://prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
Dalam bidang sumber manusia terutama di Amerika, pekerja yang berhak bagi bayaran kerja lebih masa dikenali sebagai 'non-exempt employee' mengikut Fair Labour Standard Act. Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi 'exempt and non-exempt employees'? | Padanan bahasa Melayu untuk "exempt employees" ialah "pekerja terkecuali". Padanan istilah untuk "non exempt employee" ialah "pekerja tak terkecuali"
| Istilah | 21.03.2017 |
Panduan ejaan yang tepat terutama kata majmuk. | kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Salam sejahtera, Dalam penulisan dialog, terutama sekali yang berakhir dengan tanda baca seperti tanda soal, tanda seru dan sebagainya, adakah perkataan selepas perlu ditulis dengan huruf kecil atau besar? Contoh: "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" itu adakah perlu dieja huruf kecil atau besar dan apakah sebabnya? Terima kasih. | Ayat "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" perlu dieja huruf kecil kerana adanya tanda petik selepas tanda soal dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 28.07.2022 |
.... mengatakan di sekolah-sekolah campuran, terutama dari / daripada usia 12 ke atas, pelajar perempuan kurang diberikan peluang.... | Dalam frasa di atas, penggunaan perkataan yang betul ialah daripada. | Tatabahasa | 01.11.2011 |