adakah wajib 'nya' selepas perkataan 'terutama'? Contoh, terutama'nya'. | Perkataan bagi terutama dan terutamanya betul dan boleh digunakan. | Ejaan | 15.01.2021 |
Salam sejahtera! Haruskah "nya" dicantumkan dengan perkataan di depan? Ayat contoh: Dia terlupa membawa iPhonenya atau dia terlupa membawa iPhone nya? Saya ingin tahu terutama sekali jika perkataan di depan "nya" adalah jenis kata nama khas. Terima kasih! | Untuk makluman, “nya” merupakan kata ganti nama diri ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, kecuali jika merujuk kepada Allah kerana pada perkataan tersebut perlu diletakkan sempang, iaitu ‘-Nya’. Sehubungan dengan itu, contoh ayat yang betul ialah “Dia terlupa membawa iPhonenya.” | Tatabahasa | 11.08.2020 |
terdapat beberapa perkataan yang ejaan betulnya telah dipersetujui seperti sama ada reka bentuk dsbnya. Tetapi apabila menggunakan perkhidmatan PRPM masih ada lagi perkataan yang ejaan nya salah seperti samada, rekabentuk. Jadi ini mengelirukan terutama pelajar sebab ia ada dalam PRPM DBP yang dianggap sentiasa betul. Harap maklum. | DBP sentiasa memastikan maklumat yang dipaparkan dalam PRPM sentiasa betul. Oleh sebab itu, PRPM menyediakan pilihan perkhidmatan bergantung pada keperluan pengguna. Sekiranya pengguna ingin menyemak ejaan, silalah klik Khidmat Nasihat Bahasa. Contohnya, taip samada, klik Khidmat Nasihat Bahasa, semua jawapan yang diberikan memaklumkan ejaan “sama ada’ yang tepat. | Ejaan | 24.02.2014 |
1. Adakah penggunaan frasa berikut betul atau tidak? Jika betul tolong sertakan contoh ayat. 1. Lembaran minda 2. Ufuk pemikiran 2. Yang mana satukah yang betul 'terutama' atau 'terutamanya'. Mohon penjelasan dan contoh ayat. | 1. Penggunaan frasa “lembaran minda” dan “ufuk pemikiran” boleh diguna pakai dalam ayat dan digunakan berdasarkan konteks dan kesesuaian dalam ayat tersebut. Contoh ayat ialah “Ufuk pemikiran" Pendeta Za'ba tentang bahasa sangat mendalam maknanya. dan Koleksi "lembaran minda" tokoh terkenal itu telah dibukukan. 2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud perkataan “terutama” dan “terutamanya” tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya membawa maksud yang terpenting atau yang mustahak sekali. Fungsi kata "nya" dalam perkataan "terutamanya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. Contoh ayat, Lapisan sel pipih yang melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, “terutamanya” pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung. Ayat kedua, Hamzah menulis karangan-karangannya “terutama” untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi. | Tatabahasa | 20.08.2022 |
Dalam karya kreatif, bolehkah kata ganti diri manusia digunakan untuk binatang. Terutama sekali dalam ayat penyata? Sila lihat contoh video ini : Kisah Musang dan Anggur - https://youtu.be/M16kcap_ZeA Terima kasih. | Menurut buku Tatabahasa Dewan, perkataan dia dan -nya seperti yang terdapat dalam video tersebut merupakan kata ganti nama diri untuk orang ketiga. Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut, termasuk dalam karya kreatif. | Tatabahasa | 30.04.2021 |
saya ingin kepastian mengenai persamaan bahasa melayu dan jawa...adakah leksikal item yang sama antara bahasa melayu dan jawa..dan bagaimana phonetik nya...terima kasih | Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Bahasa Jawa ialah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah & Jawa Timur di Indonesia. Satu persamaan yang nyata antara kedua-dua bahasa tersebut ialah penuturnya daripada kalangan orang Melayu dan pada sebahagian kata ada persamaan fonem dan leksikalnya. Hal ini perlu diperhalusi terlebih dahulu dalam buku/makalah yang memaparkan kajian perbandingan antara kedua-dua bahasa tersebut. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih. | Lain-lain | 20.02.2009 |
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati. Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. | Makna | 02.06.2009 |