Manakah satu yang betul? "Rukun Tetangga" atau " Rukun tetangga"?? Perlukah 'T" ditulis dengan huruf besar? | 'rukun tetangga' sekiranya dalam ayat. Sekiranya sebagai kata nama khs hendaklah dieja dengan huruf besar. Contohnya Rukun Tetangga Kg. Baru. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
langkah-langkah mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga dan kepentingan memelihara hubungan jiran tetangga | Hubungan sesama jiran tetangga adalah penting bagi memelihara kehidupan yang sejahtera dan bersatu padu. Usaha mengeratkan hubungan sesama jiran hendaklah diamalkan oleh semua orang. Langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan sesama jiran bergantung kepada sikap seseorang itu. Antaranya termasuklah sikap bertolak ansur, berbudi bahasa, bertegur sapa, hormat menghormati, jujur, tidak berdengki dan berdendam, tolong menolong dan saling menziarah. Dalam kehidupan bermasyarakat, memelihara hubungan sesama jiran amat penting bagi menjamin kehidupan yang sejahtera, selamat, aman dan bersatu padu. Melalui usaha ininjuga, dapat mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama jiran. Masayarakat yang bersatu akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, aman dan sejahtera. | Lain-lain | 04.06.2008 |
Saya ingin bertanya mengenai yang berikut dari segi ejaan dan tatabahasa, adakah betul 1. Persatuan Pemuafakatan Residen dan Tetangga Impiana Villa. 2. Kesatuan Residen dan Tetangga Impiana Villa. Terima kasih | Cadangan kami: Persatuan Penduduk dan Tetangga Impiana Vila. | Tatabahasa | 28.01.2014 |
definisi rukun tetangga dan integrasi nasional | Rukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara. | Makna | 12.10.2011 |
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih. | 1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut. 2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai. 3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Mereka akan mengunjungi jiran tetangga pada majlis rumah terbuka. Adakah perkataan "pada" itu salah? Apakah ayat yang betul sekiranya ayat tersebut salah? | Mereka akan mengunjungi jiran tetangga pada majlis rumah terbuka. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 21.05.2020 |
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. Tangga pula bermaksud: 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagian daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, peringkat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Lain-lain | 14.05.2018 |
Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui aktiviti Rukn Tetangga. Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan. A)membaiki B)memelihara C)melaksanakan D mengutamakan | saudara, Perkataan seerti ialah memelihara. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
Apakah makna jiran? | Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang; tetangga. | Makna | 10.06.2008 |
salam sejahtera, mana satu ayat yang betul? 1. Setiap murid perlu sayang akan sekolah mereka. 2. Kita haruslah saling hormat-menghormati jiran tetangga. | Ayat 1 betul manakala ayat 2 tidak betul kerana "hormat-menghormati" ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling. | Tatabahasa | 08.09.2015 |