Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : = akan ~ 1. kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; 2. (sungguhpun ...) namun: walaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nyata­kan hal yg berlawanan atau bertentangan: Budak itu pandai ~ malas. 2 namun: Sungguhpun dia tua ~ masih kuat bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(297)

35

A bird in the hand is worth a hundred flying

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm. Bolehkah tuan semak ayat di bawah. 1 Tetapi, dia tiada harta lagi kecuali rumahnya sahaja. 2.Tetapi, mangkuk itu hanya ada satu sahaja dalam dunia ini. (Bolehkah digunakan perkataan tetapi pada awal ayat dalam buku cerita.) 3. Berita itu telah tersebar ke/kepada burung merpati."tetapi" ialah kata hubung gabungan tidak boleh digunakan pada awal ayat. Ayat yang betul ialah: 1. Dia tiada harta lagi kecuali rumahnya sahaja. 2. Mangkuk itu hanya ada satu sahaja di dunia ini. 3. Berita itu telah tersebar kepada burung merpati.Tatabahasa13.12.2018
Bolehkah "tetapi" digunakan di awal ayat?Kata hubung "tetapi" berfungsi sebagai kata hubung antara frasa dalam ayat, justeru kata 'tetapi" tidak hadir pada pangkal ayat.Tatabahasa21.10.2015
Maisya sebenarnya mengantuk, tetapi dia bertahan daripada tertidur. atau Maisya sebenarnya mengantuk, tetapi dia bertahan dari tertidur.

Ayat yang betul ialah “Maisya sebenarnya mengantuk, tetapi dia menahan diri daripada tertidur.”

Untuk maklumat lanjut tentang ayat, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431 - 581.
Tatabahasa14.04.2025
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Walaupun dia kaya, tetapi dia kedekut. Adakah walaupun...tetapi boleh digunakan dalam satu ayat? Adakah ayat berikut lebih tepat, walaupun dia kaya, dia kedekut. Terima kasih."walaupun ... tetapi" bukan kata hubung berpasangan. 
Ayat yang tepat: Walaupun dia kaya, dia kedekut.
Lain-lain06.03.2021
Adakah ayat berikut betul? 1. badan lembu berat tetapi badan kucing ringan. 2. Halim ialah kaum Melayu. 3. Air di air terjun sangat sejuk. Sekiranya salah bolehkah saya tahu apakah ayat yang betul tetapi masih membawa maksud yang sama? Terima kasih

Penggunaan kata hubung tetapi dalam Ayat 1: “ Badan lembu berat tetapi badan kucing ringan” betul dari segi tatabahasa tetapi tidak begitu sesuai dan tepat dari segi makna kerana perkara yang dibandingkan ialah perkara yang berbeza untuk maksud berlawanan dan perkara tersebut telah ternyata, sepatutnya  ayat yang lebih gramatis ialah Badan lembu lebih berat berbanding dengan badan kucing.  Ayat kedua yang betul ialah  “ Halim ialah bangsa Melayu/ Halim berbangsa Melayu / Halim ialah orang Melayu/ Halim orang Melayu. Ayat ketiga yang betul ialah  “ Air terjun sangat sejuk”

Tatabahasa16.03.2018
Saya ingin mendapatkan nasihat untuk penggunaan "tetapi" di awal ayat. Saya faham penggunaan kata hubung tidak dibenarkan di awal ayat. Bagaimana boleh saya menunjukkan percanggahan dengan ayat sebelumnya? Tolong sahkan jika penggunaan di bawah adalah gramatis. 1. Namun/Namun begitu, dia tidak bercakap benar. 2. Akan tetapi, dia tidak bercakap benar. 3. Walau bagaimanapun, dia tidak bercakap benar. 4. Mengapa "tetapi" tidak boleh digunakan di pangkal ayat, tetapi "Namun" boleh? Bukankah kedua-duanya kata hubung?
Perkataan tetapi dan namun boleh berfungsi sebagai penanda wacana selain kata hubung gabungan. Penggunaan lebih gramatis apabila ditambah perkataan akan, begitu atau demikian yang akan menjadi akan tetapi, namun begitu atau namun demikian. 
Tatabahasa27.06.2021
Adakah "tetapi" serta "dan" termasuk dalam kategori kata hubung yang mesti ditulis dalam bentuk huruf kecil apabila digunakan dalam tajuk karangan, bab atau tajuk buku? Contoh; 1) Serupa tetapi Tidak Sama; 2) Yang Tersurat dan Yang TersiratUntuk makluman, "dan" merupakan kata sendi. Sehubungan dengan itu, jika dalam tajuk perlu digunakan huruf kecil. Manakala, tetapi pula ialah kata hubung yang berfungsi menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Ini bermakna jika mengikut hukum tatabahasa yang betul, tetapi tidak boleh digunakan dalam tajuk.Tatabahasa03.12.2015
Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih.Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan.

Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan".

Terima kasih.
Tatabahasa22.05.2017
Salam, soalan : gabungan 2 ayat tunggal dengan kata hubung " tetapi" a) Kamu boleh bawa kamera. b) Kamu perlu menjaga keselamatan kamera kamu. Jawapan manakah betul? Sila beri keterangan. Jawapan A. Kamu boleh bawa kamera tetapi kamu perlu menjaga keselamatan kamera kamu. Jawapan B. Kamu boleh bawa kamera tetapi perlu menjaga keselamatan kamera kamu. Adakah subjek " kamu" perlu digugurkan? Kenapa ? Sekian, terima kasih.Salam,

Untuk makluman, ayat yang diberikan ialah ayat dalam bahasa percakapan (lisan) and tidak gramtis. Ayat yang tepat ialah, "Anda dibenarkan membawa kamera. Akan tetapi, kamera tersebut terletak atas tanggungjawab sendiri."
Tatabahasa07.10.2015
1. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki unit rumah PPR akibat kerosakan; Atau 2. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki rumah ppr akibat kerosakan.

Ayat yang lebih tepat ialah “Penyewa telah membayar deposit rumah PPR, tetapi belum memasuki rumah berkenaan disebabkan terdapat kerosakan.”

Tatabahasa11.07.2024
12345678910...

Kembali ke atas