| Salam dan Selamat Petang, Saya ingin mengetahui makna dan penjelasan padat mengenai perkataan "Thought Leadership". Harap Pihak Tuan dapat membantu. Terima Kasih | Maklumat dan terjemahan Thought Leadership tidak ada dalam pangkalan data kami. Melalui semakan kami, perkataan thought dalam konteks ini bermaksud seseorang yang berbakat, berpengalaman dan bersemangat. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada pimpinan yang berwibawa. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2017 |
| Terjemahan thought bubble dalam bahasa Melayu. | Tidak ada padanan thought bubble dalam sumber rujukan kami. | Istilah | 14.07.2011 |
| Salam sejahtera tuan/puan, saya ingin minta bantuan pihak tuan/puan untuk menyemak terjemahan berikut; 1. The flag of thought leads the way : Gagasan pemikiran/ideologi menerajui hala tuju @ Gagasan pemikiran/ideologi memacu hala tuju @ Bendera pemikiran/ideologi menerajui hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism : Kedudukan panduan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan pimpinan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan bimbingan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era : Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology : Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society : Hasrat Bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the Party : sepanduk ideologi Parti 7. faith in socialism : kepercayaan/keyakinan dalam sosialisme 8. political soul : semangat politik @ maruah politik @ jiwa politik 9. spiritual pillar : pendorong semangat Terima kasih. | Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan: 1. The flag of thought leads the way: Gagasan pemikiran/ideologi/fahaman menerajui/memacu/memandu hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism: Kedudukan panduan/bimbingan/ideologi/fahaman pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era: Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology: Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society: Hasrat bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the party: Lambang/isi utama ideologi parti 7. faith in socialism: kepercayaan/keyakinan pada sosialisme 8. political soul: semangat/maruah/jiwa politik 9. spiritual pillar: asas/tonggak rohani/semangat Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 21.02.2022 |
| apakah padanan bagi takrifan kata self compassion (kompesi kendiri), self efficacy (efikasi kendiri), thought supression (pendam fikiran) yang bersesuaian jika diterjemahkan kepada ke bahasa melayu. terima kasih atas maklum balas | Untuk makluman puan, dalam data rujukan kami tiada padanan khusus bagi istilah self compassion dan thought supression dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam data kami,terdapat padanan bahasa Melayu bagi compassion, iaitu belas kasihan yang diigunakan dalam bidang sejarah. Manakala bagi padanan bahasa Melayu istilah supression ialah penekanan yang digunakan dalam istilah emotional supression, iaitu penekanan emosi yang digunakan dalam bidang pendidikan. Padanan bahasa Melayu bagi self efficacy ialah efikasi kendiri. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.03.2015 |
| Adakah "sejujurnya" boleh digunakan dalam terjemahan bahasa Melayu atau ia merupakan penggunaan yang dipinjam daripada bahasa Indonesia? Contoh ayat seperti berikut: - Honestly, it was harder than I thought. (Terjemahan) 1) Sejujurnya, ia lebih sukar daripada sangkaan saya. atau: 2) Secara jujur, ia lebih sukar daripada sangkaan saya. | Perkataan “sejujurnya” boleh digunakan dan kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.02.2022 |
| Apakah wujud istilah khas untuk : 1. Killer bee 2.Acclimatizaion society contoh American Acclimatization Society 3.Sweepstakes contoh: Rare chance events that cause accidental dispersals are known as sweepstakes 4.Island hop contoh: It is thought that animals inhabiting carribean islands , island-hopped through the chain from South America 5. Great American Interchange 6.Filter bridge 7.Cretaceous Western Interior Seaway Kesemua istilah ini dalam bidang geografi/biologi/ekologi Terima kasih | Untuk makluman, kesemua istilah ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479159/21479163 untuk mengetahui sama ada istilah-istilah ini telah mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. | Istilah | 29.12.2014 |
| Influencer merujuk kepada Pempengaruh. Bagaimana pula istilah bagi Key Opinion Leader (KOL). Penjelasan bagi KOL, opinion leader (KOL) is a trusted, well-respected influencer with proven experience and expertise in a particular field. In healthcare, these thought leaders could be physicians, hospital executives, health system directors, researchers, patient advocacy group members, and more. | Padanan bagi istilah Key Opinion Leaders (KOL) dalam bahasa Melayu ialah Pemimpin Pendapat Utama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 11.07.2024 |