Dalam bahasa Inggeris, throughout the ages, bila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah sepanjang zaman, sepanjang zaman-zaman, atau dari zaman ke zaman? Yang manakah yang lebih tepat? | Padanan yang betul ialah sepanjang zaman. | Makna | 02.08.2019 |
Terjemahan kepada Bahasa Melayu 'Great Activities & Prizes Throughout 2014' | Terjemahan yang dicadangkan ialah Aktiviti dan hadiah menarik Sepanjang tahun 2014 | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2014 |
Mohon bantuan terjemahan untuk 'historic range' dalam ayat ... throughout its historic range have failed to record ... Terima kasih | Istilah "historic range" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan maksud atau konsep istilah tersebut supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 15.08.2016 |
Saya ingin khidmat DBP untuk menyemak terjemahan Bahasa Malaysia untuk keratan di bawah : (1) Epson aspires to be an indispensable company, trusted throughout the world for our commitment to openness, customer satisfaction and sustainability. We respect individualit y while promoting teamwork, and are committed to delivering unique value through innovative and creative solutions. (2) As Epson employees, we always strive to exceed our own vision, and to produce results that bring surprise and delight to our customers. Terima kasih. | Mohon tuan/puan memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.03.2017 |
Saya ingin mohon khidmat DBP untuk menyemak terjemahan dari bahasa Inggeris ke BM. Terima kasih. ENGLISH TEXT Management Philosophy Epson aspires to be an indispensable company, trusted throughout the world for our commitment to openness, customer satisfaction and sustainability. We respect individuality while promoting teamwork, and are committed to delivering unique value through innovative and creative solutions. EXCEED YOUR VISION As Epson employees, we always strive to exceed our own vision, and to produce results that bring surprise and delight to our customers. BM TRANSLATION Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan, dipercayai di seluruh dunia untuk komitmen kami terhadap keterbukaan, kepuasan pelanggan,dan kemampanan. Kami menghormati individualiti di samping memupuk kerja berpasukan, dan komited untuk memberi nilai yang unik melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. EXCEED YOUR VISION Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melebihi visi kami sendiri, dan untuk menghasilkan keputusan yang mengagumkan serta menggembirakan pelanggan kami. | Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut: Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan dan dipercayai di seluruh dunia kerana iltizam kami dari segi bersikap terbuka, kepuasan pelanggan,dan kemampanan syarikat. Di samping memupuk kerja berpasukan, kami menghormati keindividualan dan beriltizam untuk memberikan nilai bitara melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. MELAMPAUI WAWASAN ANDA (EXCEED YOUR VISION). Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melampaui wawasan kami sendiri dan menghasilkan keputusan luar dugaan serta menggembirakan pelanggan kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2017 |
Mohon khidmad nasihat untuk terjemahan perkataan 'Pendakwah' atau 'Mubaligh' khususnya kepada pendakwah atau mubaligh Muslim ke dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat seperti berikut:- Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. According to traditional oral stories, centuries ago, missionaries sailed throughout the Malay archipelago to spread Islam. Adakah terjemahan perkataaan yang paling sesuai untuk ayat di atas. Cadangan : Muslim Preacher / Missionaries / Scholar Kerjasama dan khidmad nasihat dari pihak DBP amatlah di harapkan. Terima kasih | Perkataan Missionaries telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penyebar agama. Cadangan kami supaya dimasukkan teks “muslim” atau “Islam” di hadapan perkataan Missionaries. | Istilah | 18.03.2022 |
Assalamualaikum, Saya ingin tahu jika perkataan "narcissistic" diterjemahkan sebagai "narsisistik", bolehkah"narcissist" diterjemahkan sebagai narsisis? Mohon bantuan sebab takrif bagi perkataan ini tiada dalam laman PRPM. Saya juga perlukan terjemahan untuk senarai perkataan di bawah; 1) nukleus accumben 2) grandiosity (selain daripada grandiositi) 3) tau (abnormal protein which builds up, usually over years, throughout the cerebral cortex but especially in the temporal lobes) Mohon bantuan. Sekian, terima kasih. | Padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan narcissistic ialah narsisistik. Namun begitu, perkataan narcissist dan narsisis tidak ada dalam pangkalan data. Untuk makluman puan, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. Kami akan menyemak ejaan, penggunaan kata dan ayat tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2019 |
TERJEMAHAN PERKATAAN “BELLIGERENT” KE BAHASA MELAYU Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan “belligerent” ke dalam bahasa Melayu. Contoh ayat yang menggunakan perkataan “belligerent” ialah seperti di bawah subseksyen 5(b) Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; (c) to perform all the duties devolved upon a national society by each nation which has acceded to the said Conventions.” 3. Jawapan segera daripada pihak Tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. AIN-NUR ‘AMIYERRA AWOD BINTI ABDULLAH Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang Jabatan Peguam Negara | Kami mencadangkan belligerent diterjemahkan sebagai "pihak berperang". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 29.01.2022 |
Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti yang berikut ke dalam bahasa Melayu. i. field; ii. promotion; dan iii. body politic or body corporate. Perkataan-perkataan di atas digunakan dalam peruntukan di bawah seksyen 5, 12 dan 13 Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] seperti di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; … Application of income and property 12. (1) The income and property of the Corporation, whencesoever derived, shall be applied solely towards the promotion of the objects of the Corporation as set out in this Act, and no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly by way of dividend, bonus or otherwise howsoever by way of profit to the members of the Corporation: (bersambung) | Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
Saya ingin bertanya, adakah terdapat istilah bahasa melayu untuk perkataan marine debris dan/atau marine litter? Berikut adalah definasi marine debris yang telah diberikan oleh Secretariat of the Convention on Biological Diversity: Marine debris is any persistent, manufactured or processed solid material discarded, disposed of, or abandoned in the marine and coastal environment. While this definition encompasses a wide range of materials, most items fall into a relatively small number of material types such as glass, metal, paper and plastic. Plastic items are the most abundant type of marine debris on a global scale and plastic is also the most frequently reported material in encounters between debris and marine organisms. Marine debris commonly stems from shoreline and recreational activities, ocean/waterway activities, smoking related activities, and dumping at sea (Ocean Conservancy, 2010). Man-made items of debris are now found in marine habitats throughout the world, from the poles to the equator, from shorelines and estuaries to remote areas of the high seas, and from the sea surface to the ocean floor. Mohon nasihat | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. Marine debris: puing laut atau reja laut. 2. Marine litter: sarap laut, sampah laut atau sampah sarap laut. Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 13.04.2021 |