Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya.Istilah11.11.2010
no telefon yang pihak dbp berikan itu semua nya tiada di dalam talian. yang akhir sekali no sambungan itu ialah no telefon hotel. sila segerakan masalah saya. dan lakukannya secara sistematik, sy boleh dihubungi di talian 0149034582 dan ini no pendaftaran iklan sy 23730/2015. sy perlukan kelulusan iklan saya dengan segera kerana saya ingin memohon lesen di majlis daerah. terima kasihPermohonan tuan telah disemak dan diluluskan.Lain-lain18.06.2015
Assalamualaikum, Bagi ayat di bawah, adakah ejaan tuhan atau Tuhan yang lebih tepat penggunaannya? Contoh ayat: Dialah yang membentuk rupamu di dalam rahim (ibumu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. APAKAH JAWAPANNYA & ALASANNYA? Terima kasih.

Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah “Tuhan”.

Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.

Lain-lain24.01.2022
Mana satu yang betul? - gambar 'selfie'nya - gambar 'selfie'-nyaPerkataan tersebut tiada dalam bahasa Melayu.Lain-lain03.11.2015
Apakah kata pengganti nama bagi barang. misalnya; Saya sukan akan basikal ini. Ia saya beli kelmarin. Betulkah penggunaan "Ia" itu?Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat tersebut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin.Tatabahasa06.12.2006
Bagaimanakah perkataan 'Ia' patut digunakan? Adakah perkataan ini hanya digunakan untuk objek? Adakah perkataan ini sama dengan perkataan 'It' dalam bahasa Inggeris ataupun adakah perkataan ini digunakan semata-mata untuk manusia?Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat berikut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin. Perkataan "Ia" dalam bahasa Melayu tidak sama dengan perkataan "It" dalam bahasa Inggeris.Tatabahasa08.12.2006
Bagaimana eja "ibunyalah" (ibu + -nya + -lah) dalam tulisan Jawi? Adakah -nya di perkataan itu dieja dengan alif kerana diakhiri -lah atau tiada alif?Ejaan Jawi bagi perkataan  "ibunyalah" ialah  

ايبوثله

Ejaan30.03.2021
Mana satu yang betul? - PSPnya - PSP-nyaPerkataan tersebut tiada dalam bahasa Melayu.Lain-lain03.11.2015
Bagaimana eja "keluarganya" dalam tulisan Jawi? Adakah suku kata "ga" pada akhir perkataan keluarga dikekalkan tiada alif apabila ditambah -nya atau perlu ditulis alif?Ejaan Jawi yang betul untuk perkataan “keluarganya” ialah کلوارݢڽ.Tatabahasa09.05.2024
Assalamualaykum.Saya adalah peminat segala jenis bacaan bermanfaat.Seingat saya pada dekad 70an saya pernah membaca siri terjemahan Hikayat tersebut yang telah diterjemah oleh ? dan diterbit oleh DBP dengan gaya bahasa yang menarik dan jelas, sayang nya ia tiada lagi di pasaran untuk membolehkan generasi anak2 kita menikmatinya. 2. Saya Harap Dewan Bahasa dapat membongkar semula arkibnya dan mengulang cetak khazanah yang berharga ini. Maklumbalas tuan dalam hal ini amatlah dihargai.Sekian,terima kasih.Waalaikumsalam. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pencarian buku tersebut, mohon tuan nyatakan judul hikayat yang berkenaan.Lain-lain02.04.2012
12345

Kembali ke atas