i. Perkataan banyak dan ramai boleh digunakan untuk orang. Banyak menunjukkan bilangan orang manakala ramai menunjukkan suasana ketika itu. Contoh ayat: Banyak orang menyertai peraduan itu. Orang menyabung terlalu ramai.
ii. Kata pemeri ialah digunakan secara persamaan atau ekuatif dan hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263
Thanks for clicking. That felt good.