| Adakah kedua-dua jawapan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ini betul. Soalan 1. Saya mengetahui bahawa tuduhan itu tidak benar. Jwpn: a) Bahawa tuduhan itu tidak benar saya ketahui. b) Bahawa tuduhan itu saya ketahui tidak benar. Soalan 2. Mereka mengetahui bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Jwpn: a) Bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh mereka. b) Bahawa Hanis diketahui oleh mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. | Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamaka objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Merujuk soalan saudara; 1. (a)Tuduhan itu tidak benar saya ketahui. (b). Tuduhan itu saya ketahui tidak benar. solan 2. (a). Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh meraka. (b). Hanis diketahui oleh meraka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. | Lain-lain | 19.02.2010 |
| Salam, Apakah kata pemeri yang sesuai untuk pernyataan "tidak benar sama sekali" dan apakah alasannya? Contoh ayat: Kenyataan lelaki yang bermisai itu "ialah/ adalah" tidak benar sama sekali. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Kenyataan lelaki yang bermisai itu adalah tidak benar sama sekali. Walau bagaimanapun, ayat tersebut boleh ditiadakan kata pemeri kerana telah menjadi ayat lengkap. Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama dan frasa nama. Manakala, kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 263 - 265 dan 494 - 496. | Tatabahasa | 14.11.2025 |
| Salam, Adakah benar tidak ada penambahan 3 imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Contohnya, mempertahankan, memperkemaskan, memperindahkan, mempersaudarakan dan lain-lain lagi. JIka tidak benar, apakah prinsip atau rumus untuk mengetahui bahawa terdapat 3 penambahan imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Terima kasih. | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, terdapat apitan kata kerja mempeR-...-kan. Golongan kata nama dan kata kerja bergabung dengan apitan "mempeR-...-kan" untuk membentuk kata kerja seperti memperkenalkan, memperdengarkan, memperlihatkan (kata kerja), memperisterikan, memperbudakkan (kata nama) dll. Apitan mempeR-...-kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan mempeR-...-kan dengan kata nama membawa maksud kausatif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 208. | Tatabahasa | 10.12.2010 |
| Salam, saya benar-benar tidak faham adakah para pegawai membaca soalan sebelum menjawab, Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi. Lain ditanya lain dijawab. Pada 19/05/2026, saya bertanya. Mohon penjelasan tentang penggunaan "kemaskinian". Adakah penggunaan perkataan ini boleh diterima kerana masukan ini tiada dalam kamus. Jawapan yang diberikan: Perkataan yang betul ialah pengemaskinian. Saya bukan tanya tentang perkataan yang betul. Saya tanya tentang "kemaskinian" bolehkah diterima. Perkataan ini digunakan oleh PRPM sendiri, sila cari "kemaskinian sistem" dalam PRPM ada masukan yang dimaksudkan, jika salah, mohon penjelasan sebab masukan itu ada dalam PRPM. Perkataan ini juga semakin kerap digunakan dalam laras teknologi. Carian Google yang ringkas boleh menemukan banyak maklumat tentang penggunaan perkataan ini. Perkataan ini semakin digunakan sebagai Kata Nama dalam banyak laras. Mohon pegawai baca dan fahamkan dahulu sebelum menjawab soalan. Ini benar-benar mengecewakan. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, tiada kata terbitan “kemaskinian”. Walau bagaimanapun, padanan istilah “system update” dalam bidang komputer ialah pengemaskinian sistem atau kemaskinian sistem. Oleh itu, frasa kemaskinian sistem hanya boleh digunakan dalam bidang komputer sahaja. | Ejaan | 25.05.2026 |
| I heard DBP is giving out RM20,000 to individual for book publishing. May I request for details of applying for it please? | Berita ini tidak benar. DBP tiada peruntukan untuk perkara ini. | Lain-lain | 02.05.2011 |
| Bolehkah ayat dangkal diguna untuk menggantikan perkataan bantah? Contoh ayat: "Ini tidak benar!" dangkalnya. | Penggunaan perkataan "dangkal" untuk menggantikan perkataan "bantah" dalam ayat yang berkenaan tidak boleh digunakan. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna/maksud yang berbeza. | Tatabahasa | 08.01.2011 |
| Apakah perbezaan antara salah dan silap? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, salah bermaksud tidak benar atau tidak betul. Contoh ayat, Dia tidak boleh membezakan antara yang salah dan benar manakala silap pula bermaksud salah yang tidak disengajakan. Contoh ayat, Kalau saya tidak silap, semalam dia ada datang ke mari. | Lain-lain | 14.08.2021 |
| DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ATAUPUN (B)kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Apakah perbezaan antara KESILAPAN dengan KESALAHAN? | Kedua-dua ayat (A) dan (B) betul. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna silap ialah tidak salah, tidak disengajakan; manakala makna salah ialah tidak benar, tidak betul. Kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Kesalahan dimaksudkan sebagai tidak benar, tidak tepat, tidak betul, menyalahi hukum. | Makna | 10.06.2011 |
| Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
| Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |