Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya tidak berapa jelas penggunaan ayat ini *di kalangan @ dalam kalangan *sifat rajin @ sikap rajin Apakah penanda wacana?Di ialah kata sendi yang menunjukkan tempat/arah sedangkan kalangan bermaksud lingkungan (bukan tempat/arah), antara dua frasa ini yang paling tepat ialah dalam kalangan. Yang betul ialah sifat rajin kerana sifat ialah keadaan yang dipunyai oleh orang. Penggunaan ungkapan tertentu yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan tersendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku dan inilah dinamai penanda wacana. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.Tatabahasa23.02.2009
Biasanya klu dpt statas iklan lulus atau tidak.. Berapa lama ya... Sbb sy da hantar 3hari...Sila hubungi kami ditalian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran ikalan untuk kami memproses permohonan tuan dengan kadar yang segera.Lain-lain24.06.2015
Soalan Kata Hampir Sama Makna Cahaya lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Saya berasa keliru akan penggunaan setiap perkataan di atas.Suram bermaksud tidak berapa terang (cahaya dan lain-lain) atau agak gelap. Kelam bermaksud tidak berapa terang (berkenaan cahaya, keadaan hari, dan lain-lain), atau agak gelap atau suram. Muram bermaksud tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram. Pudar bermaksud kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram. Berdasarkan makna tersebut suram/kelam/muram/pudar boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa21.03.2012
Adakah betul ayat berikut : 1. "Tidak berapa lama kemudian....." : penggunaan berapa 2. "Mohon dibetulkan @ Mohon diperbetul @ Mohon diperbetulkan". Terima kasih.1. Penggunaan "berapa" dalam ayat satu (1) betul. 2. Mohon betulkanTatabahasa03.09.2015
Apakah terjemahan terbaik untuk istilah natural farming? Hal ini kerana istilah pertanian organik tidak berapa tepat. Adakah sesuai diterjemahkan sebagai pertanian alami?Istilah  natural farming masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan natural farming ialah perladangan, pertanian atau penternakan semula jadi mengikut kesesuaian konteks ayat yang ingin digunakan.Makna13.05.2019
Penggunaan kata pemeri. Adakah simbol atau ialah simbol?

Soalan yang pihak tuan/puan ajukan tidak berapa jelas, walau bagaimanapun, menurut buku Tatabahasa Dewan kata pemeri ialah unsur  yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek  dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara , iaitu dengan penggunaan perkataan ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan, iaitu bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa nama, manakala kata pemeri adalah bagi menunjukkan huraian atau keterangan bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa adjektif, dan frasa nama dengan frasa sendi nama.

Tatabahasa08.05.2018
saya ingin bertanya samada kita boleh menggunakan perkataan "Pengarkiban" untuk nama sesuatu jawatankuasa. Sebagai contoh.. Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Pengarkiban kuala lumpur. Saya tidak berapa faham maksud pengarkiban. TerimakasihPengarkiban ialah padanan archiving dalam bahasa Melayu, iaitu proses atau perihal mengarkibkan. Satu lagi bentuk kata yang wujud ialah kearkiban yang bermaksud segala yang berkaitan dengan fungsi (kegiatan atau urusan) arkib. Melihat kepada fungsi dan konteks penggunaan itu, kami mencadangkan perkataan kearkiban yang digunakan menjadi Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Kearkiban kuala lumpur.Tatabahasa12.11.2014
Tuan, adakah ayat ini betul? "Harumannya semakin pudar". Terima kasih.Pudar bermaksud kurang cahaya atau tidak berapa terang dan tidak tepat dari aspek semantik dalam ayat tersebut.Tatabahasa14.02.2012
Puan, Bolehkah puan jelaskan perkataan "berapa-berapa"?Menurut kamus dewan, tidak terdapat maklumat perkataan "berapa-berapa".Istilah27.11.2012
Maaf, kerana masih tidak berapa faham tentang jawapan yang diberikan. Adakah contoh yang diberi, iaitu 'kaubacalah buku ini' merupakan ayat pasif atau ayat aktif? Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja pasif? Jika pergabungan 'kau' dan 'ku' di hadapan perkataan hanya dibenarkan dalam kata kerja pasif, adakah contoh-contoh berkenaan betul? Kaudatang dari mana? Masa kaukeluar, kau gembira dan tersenyum saja, tapi balik dalam keadaan begini! Kuberitahu dia. Kenapa kaubiarkan dia sendiri ke sana? Berkenaan dengan soalan tentang penggunaan tanda baca soal dan tanda seru, adakah kedua-duanya boleh digunakan sekali? Hal ini kerana penggunaannya seperti contoh (“Apa?! Seminggu?! Berapa hari dalam seminggu?!" Ayahnya meradang tanpa alasan.) kerap kali dijumpai dalam cerpen dan artikel Melayu. (penggunaan tentang tanda baca tidak dibincangkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.) Soalan ketiga, iaitu adakah 'disebabkan' perlu diikuti dengan 'oleh'? (tidak diberikan definisi dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga). Yang dijelaskan, hanyalah tentang penggunaan 'oleh sebab'. Terima kasih.Sila susun soalan yang hendak dikemukakan supaya dapat dijawab satu per satu, terutama masalah yang ingin dibincangkan. Kebanyakan contoh ayat yang diberikan ialah ayat dalam novel yang merupakan cakap ajuk. Buku Tatabahasa Dewan hanyalah salah satu daripada rujukan buku tatabahasa, saudara perlu merujuk buku-buku tatabahasa yang lain atau pusat bahasa di IPTA/IPTS.Lain-lain08.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas