Assalamualaikum, Jika agam bemakna tiada akhir/ tidak berkesudahan, sesuaikah saya padankan dengan kata bahasa Inggeris infnity? | Agam dan infiniti dalam konteks tertentu boleh membawa maksud yang hampir sama, namun agam bukanlah sinonim kepada infiniti. | Istilah | 26.08.2017 |
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Selamanya bermaksud: Untuk jangka masa yg lama dan berterusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda. Selama-lamanya bermaksud: 1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya. Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama. Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya. | Makna | 09.04.2014 |