Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i

MAKNA APITAN meN…kan 

  • Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
  • Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
  • Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan

 

APITAN meN…i 

  • Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
  • Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
  • Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:

          mengakui = mengaku akan/tentang

          mempercayai = percaya kepada 

  • Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,

    * menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…


Tatabahasa13.06.2009
Apakah yang boleh diperkatakan tentang kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera.

 

 Saudara yang dihormati,

Penyelidikan dan penulisan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sebagaimana lazim dilakukan ialah secara pengtarikhan, termasuklah  tahun, dekad dan dilaksanakan juga secara generik. Penulisan sejarah sastera kesusasteraan Melayu tradisional yang sering dilakukan ialah pertama menjelaskan konsep dan pendekatan, latar belakang sejarah, perbincangan mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, sastera sejarah, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan ketatanegaraan, serta kepustakaan ilmu tradisional.  Penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu  latar belakang sejarah, dikuti dengan kajian dan penulisan mengikut genre seperti  cerpen, puisi, , novel, drama dan esei kritikan mengikut dekad kemunculannya.  Perbincangan setiap genre secara tidak langsung meliputi latar belakang perkembangan, bentuk, teknik, bahasa, tema, pendekatan, aliran pemikiran dan sebagainya.  Saudara boleh menentukan cakupan dan batasan kajian mengikut keperluan dan objektif kajian sejarah yang akan dilaksanakan. Buku sejarah kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat dijadikan bahan rujukan  yang berguna, antaranya ialah buku  Kesusasteraan Melayu Tradisional (1993, 2000) dan Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 dan jilid 2 (2006).  Buku-buku lain yang dihasilkan oleh A. samad Ahmad, Liaw Yock Fang , Wilkinson dan Winstedt juga bermanfaat sebagai bahan rujukan.

 Salam takzim. 

Lain-lain15.10.2010

Kembali ke atas