Bagaimana untuk mengatasi masalah penggunaan kata bilangan yang tidak betul mengikut ayat yang hendak dibina? | Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan lazimnya menghasilkan bentuk jamak, seperti ... lima buah kereta dan semua pegawai ....Oleh itu, untuk menguasai penggunaan kata bilangan rujuk buku tatabahasa atau makalah yang berkaitan serta memperbanyakkan latihan membina ayat dengan menggunakan kata bilangan. | Tatabahasa | 04.03.2012 |
Mohon diberi penerangan tentang penggunaan frasa dalam ayat yang ditulis dalam akhbar tempatan. | Terdapat banyak kesalahan dalam ayat contoh yang diberikan termasuklah pemilihan kata yang tidak sesuai, ejaan yang salah penggunaan kata terbitan yang tidak betul, penggunaan kata sendi nama yang tidak betul, penggunaan kata tanya dalam ayat penyata dan ayat tidak lengkap. Contohnya dalam ayat 1: Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran. Penggunaan kata muda dan besar tidak tepat dari segi semantik (rujuk kamus untuk melihat makna ayat), begitu juga dengan penggunaan kata sendi nama dalam tidak sesuai dengan konteks ayat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi Sebagai sebuah negara yang pesat berkembang pemimpin Malaysia mengambil langkah berani demi kemajuan dan kemakmuran negara. Begitu juga dengan ayat 2: Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru. Ayat ini boleh dibaiki menjadi Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan berusaha mendapat kepandaian dan keupayaan baharu. Sebab itulah penting bagi ibu bapa menggalakkan mereka membuat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baharu. Untuk ayat 3 - 11 sila analisis dengan merujuk buku tatabahasa dan kamus. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
Tolong Betulkan ayat ini. Saya memetik piano. Adakah kata kerja memetik sesuai piano? | Ayat tersebut tidak betul, cukup sekadar menyatakan "Saya bermain piano". Kata kerja yang sesuai ialah "menekan" untuk piano. Contohnya, "Abu menekan mata piano". | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Tanda baca !? dan ?! kerap saya temukan dalam komunikasi maya. Adakah tanda baca ini diterima pakai oleh DBP? | Penggunaan tanda baca tersebut tidak betul. | Lain-lain | 21.01.2013 |
KIta tidak boleh memandang (senang) perkara penting itu. Nak tanya perkataan senang yang digunakan di ayat atas adalah betul atau tidak? Kalau tidak betul, nak macam mana menggunakan perkataan senang ini di atas ayat tersebut? Terima kasih. | Walaupun perkataan "senang" bersinonim dengan "mudah" tetapi dalam kalangan masyarakat kita tidak mengungkapkan frasa "memandang senang" melainkan "memandang mudah" atau "memandang ringan". | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Tuan, adakah ayat di bawah terdapat kesalahan struktur ayat atau penyusunan ayat yang tidak betul? 1. Suasana sungguh meriah sekali di Hari Kantin Sekolah. 2. Boleh perkataan satu burger digunakan dalam pembinaan ayat? 3. Bolehkah perkataan seperti pau digunakan dalam satu ayat? | Tidak ada kesalahan dalam ayat pertama. Perkataan satu burger boleh digunakan apabila merujuk bilangan makanan tersebut dan perkataan pau juga boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.10.2012 |
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tq | Dalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.. Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya." | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Buku tatabahasa dewan menyatakan bahawa penggunaan perkataan memperakui adalah tidak betul dari sudut tatabahasa, tetapi mengapa perkataan ini wujud dalam kamus dewan? | Memperakui kata terbitan daripada apitanmemper...i dengan kata dasar aku. Bentuk apitan ini wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Bentuk apitan ini tidak produktif dan contoh lain seperti memperingati dan memperisteri. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
Kemusykilan: Ada berapa ayat yang betul. Kenapa dipilih betul dan kenapa tidak betul? a. Semua guru-guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka. Terima kasih. | a. Semua guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. (perkataan 'guru' tidak perlu diulang kerana perkataan 'semua' telah membawa maksud jamak) b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. (betul) c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. (betul) d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka atau Anak lembu Pak Rastam gemuk-gemuk belaka. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
Adakah penggunaan kata penguat bebas di bawah betul? A)tersungguh cantik B) teramat cantik C) tersungguh cantik | Encik Shuit, Teramat boleh digunakan dalam ayat, contohnya teramat cantik, teramat tinggi. Yang tidak betul penggunaannya ialah ter + kata adjektif + sekali , seperti teramat cantik sekali. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.12.2010 |