Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Harap hendak meraup,
     tidak boleh menggenggam.

Bermaksud :

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2. boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must.Tatabahasa28.02.2012
Selamat petang, En. Sulaiman, Saya ingin tanya tentang perbezaan antara perkataan 'tentu' dengan 'pasti'. Dalam konteks apa kita gunakan 'tentu' dan 'pasti'. Jawapan daripada En. Sulaiman amat dihargai. Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan perkataan tentu dan pasti mempunyai makna yang sama, iaitu tidak boleh tidak.Makna02.01.2013
BOLEH ATAU TIDAK 'LAJU DOWH' 'DOWH' - MERUJUK AMAT, SANGATSLANGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. DIALEK BOLEH DIGUNAKAN. 'DOWH' IALAH SLANGA, TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.Lain-lain13.01.2011
Antara berikut, yang manakah ayat yang betul? 1. Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain. 2. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada sumbangan orang lain.

Salam sejahtera,

'Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain' adalah ayat yang tepat.

Tatabahasa10.10.2012
permulaan ayat membuat karangan, perkataan mana yang tidak boleh digunakan?Tidak ada satu terbitan khusus yang membicarakan tentang perkataan yang tidak boleh ada pada pangkal ayat. Untuk menghasilkan binaan ayat yang baik sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat Bab Ayat. Ayat mengandungi subjek dan predikat dan dalam bentuk ayat biasa subjek berada di pangkal ayat. Subjek terdiri daripada Kata Nama/Frasa Nama. Oleh itu, semua kata nama boleh menjadi subjek atau dan berada pada pangkal ayat. Dan penanda wacana juga boleh berada pada pangkal ayat.Tatabahasa23.09.2012
KIta tidak boleh memandang (senang) perkara penting itu. Nak tanya perkataan senang yang digunakan di ayat atas adalah betul atau tidak? Kalau tidak betul, nak macam mana menggunakan perkataan senang ini di atas ayat tersebut? Terima kasih.Walaupun perkataan "senang" bersinonim dengan "mudah" tetapi dalam kalangan masyarakat kita tidak mengungkapkan frasa "memandang senang" melainkan "memandang mudah" atau "memandang ringan".Tatabahasa10.10.2012
salam, boleh tidak menggunanakan perkataan "antara" pada permulaan ayat?Antara boleh hadir pada permulaan ayat. Walau bagaimanpun saudara perlu berhati-hati apabila menggunakan perkataan antara pada permulaan ayat, tidak boleh diikuti oleh kata ganda seperti Antara isu-isu yang dibincangkan..., sebaliknya yang betul ialah Antara isu yang dibincangkan.... Tatabahasa02.03.2012
Contoh ayat: (a) Apa-apa sahaja yang ditetapkan guru besar itu tidak boleh kita ubah. (b) Apa-apa sahaja yang ditentukan guru besar itu tidak boleh kita ubah. Merujuk kepada 2 ayat di atas, apakah perbezaan perkataan "ditetapkan" dan 'ditentukan' dari segi makna dan penekanaannya. Mana satukah sepatutnya menjadi padanan kepada perkataan 'ordain' dalam bahasa Inggeris? Terima Kasih.Dalam Kamus Dewan ditetapkan dan ditentukan sama maknanya, maka kedua-dua ayat tersebut betul. Perkataan ordain dalam bahasa Melayu bermaksud mentahbiskan atau dalam bentuk kata kerja pasif ialah ditahbiskan, atau maksud yang kedua ialah memerintahkan/diperintahkan.Tatabahasa03.04.2012
Mengapakah terdapat perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa yang dianggap tidak boleh digunakan ataupun menyalahi hukum Tatabahasa sedangkan perkataan tersebut dicetak dalam Kamus Dewan? Contoh: memperbaiki (memper + KA............ maka tidak boleh mempunyai apa-apa imbuhan di belakang pun)..sedangkan dalam Kamus Dewan wujudnya perkataan tersebut. Banyak lagi...contoh "memperluaskan"....??? Diharap boleh mendapat penjelasanKami akui terdapat beberapa ayat contoh bagi beberapa entri dalam Kamus Dewan menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana ayat contoh tersebut diambil daripada sistem data korpus dan data tersebut adalah dalam bentuk asli, iaitu sama seperti teks asal.Lain-lain31.10.2011
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk merujuk binatang, maka apakah kata ganti sesuai untuk binatang? Contohnya, jika terdapat ayat bahasa Inggeris, "The elephant lives in the jungle. It has long trunk." Adakah "it" perlu diterjemah sebagai "gajah" sekali lagi jika "ia" tidak boleh digunakan untuknya?Seelok-eloknya nama binatang itu diulang pada setiap ayat yang merujuk binatang tersebut, seperti dalam contoh yang diberikan: Gajah tinggal di dalam hutan. Gajah mempunyai belalai yang panjang.Tatabahasa30.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas