Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Harap hendak meraup,
     tidak boleh menggenggam.

Bermaksud :

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

 

Lihat selanjutnya...(42)

23

Barking dogs seldom bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cadangan ayat 'Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti'. Tepatkah penggunaan perkataan 'autoriti' dalam menyampaikan maksud ayat di atas? Iaitu sesiapa yang tidak memiliki kuasa yang dibenarkan tidak boleh mengakses dokumen berkenaan.Perkataan "autoriti" boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu  "Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti".Makna17.07.2020
adakah saya boleh menggunakan perkataan maging pada karangan masa kini? atau adakah ianya sudah tidak boleh digunakan lagi? jika ia tidak boleh digunakan lagi, saya memohon jasa baik pihak DBP untuk meletakkan kurungan (sudah tidak digunakan lagi) untuk mengelakkan kesalah fahaman pelajar-pelajar sekolah dan orang awam. Terima kasih.Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, makna “maging” ialah bersifat memakan daging, iaitu daging yang merupakan makanan utama kepada haiwan yang memakan daging seperti harimau dan ia boleh digunakan dalam penulisan.Tatabahasa18.02.2022
saya ingin bertanya, bolehkah pihak DBP senaraikan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi yang terkandung di dalam Memorandum ASAS 50 1954? Sekiranya tidak boleh, boleh pihak DBP cadangkan ke mana soalan ini harus ditujukan agar diperolehi jawapan? Terima kasih

Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50) diwujudkan di Singapura pada tahun 1950. Tujuan penubuhannya adalah untuk meluaskan dan meninggikan mutu sastera Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan membuat pembaharuan dalam sastera Melayu. Walau bagaimanapun, kami tidak ada maklumat berkenaan kelemahan dan kelebihan tulisan Rumi dan Jawi dalam Memorandum ASAS 50 1954. Mungkin tuan boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui carian di Internet atau sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Lain-lain01.09.2021
Kerusi itu tidak boleh menahan berat badan yang lebih. lebih atau banyak?Ayat yang betul ialah “Kerusi itu tidak boleh menampung berat badan yang lebih.”Tatabahasa03.07.2023
adakah penggunaan perkataan "ketidakaturan" tidak boleh digunakan memandangkan saya tidak menjumpai maksudnya dalam PRPM? contoh: ketidakaturan dokumen yang dikemukakan oleh Aboo telah menyebabkan permohonan beliau ditolak oleh pihak LHDN.Penggunaan perkataan yang betul ialah "tidak teratur". Ayat yang betul ialah Dokumen yang tidak teratur yang dikemukakan oleh Aboo telah menyebabkan permohonan beliau ditolak oleh pihak LHDN.
Tatabahasa17.11.2023
Kenapakah kata penguat hadapan dan kata penguat belakang tidak boleh hadir di dalam satu ayatKata penguat hadapan dan kata penguat belakang tidak boleh hadir bersama-sama di hadapan dan di belakang kata adjektif dalam satu ayat kerana kata penguat hadapan atau kata penguat belakang  sudah lengkap menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 259 - 260) Tatabahasa10.08.2022
Benarkah, frasa "oleh sebab" tidak boleh berada di tengah-tengah ayat (dianggap tidak gramatis)? TK1. Oleh sebab demam ayah tidak hadir ke pejabat.
2. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam.
3. Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul dan frasa "oleh sebab" boleh hadir pada pertengahan ayat. Walau bagaimanapun, dalam bentuk ayat tersebut ("oleh sebab" pada pertengahan ayat), ayat ketiga lebih kerap ditemukan.
Tatabahasa08.10.2023
Untuk surat rasmi yang ditulis bagi tujuan edaran dalam negeri yang sama, adakah perkataan negeri itu tidak boleh ditulis. Contohnya: 30200 Ipoh. Dalam hal tersebut Perak tidak boleh ditulis?

Mengikut Penulisan Dokumen Rasmi yang  betul, sebaiknya perlulah diberikan alamat yang lengkap dalam format penuh seperti yang berikut 30200 Ipoh, Perak. atau 30200 IPOH, PERAK.   

Lain-lain24.02.2021
Kenapakah "hal ini kerana" tidak boleh digunakan dalam ayat?"Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana".Tatabahasa19.08.2022
Apakah perbezaan antara salah dan silap?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, salah bermaksud tidak benar atau tidak betul. Contoh ayat, Dia tidak boleh membezakan antara yang salah dan benar manakala silap pula bermaksud salah yang tidak disengajakan. Contoh ayat, Kalau saya tidak silap, semalam dia ada datang ke mari.Lain-lain14.08.2021
12345678910...

Kembali ke atas