| Tuan, Tolong selesaikan kekusutan ini... 1."sudahkah __________ menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?" tanya Cikgu Tan kepada murid-murid 6 Arif. a. anda b. kamu c. kalian d. awak 2. Para penduduk sedang ___________ dahan-dahan pokok di sepanjang jalan kampung itu. a. memotong B. memengkas C. menebang D. membelah. Terima kasih . | 1. Jawapan yang betul ialah b. kamu. Seorang guru boleh menggunakan kata ganti nama diri kamu apabila bercakap dengan pelajarnya, tetapi seorang pelajar tidak boleh membahasakan seorang guru dengan panggilan kamu kerana guru merupakan orang yang dihormati dan tinggi kedudukannya dalam masyarakat. 2. Jawapan yang tepat ialah memangkas. Walau bagaimanapun, saudara telah tersalah mengeja perkataan memangkas pada jawapan B. Ejaan yang betul ialah memangkas, bukan memengkas. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
| Boleh atau tidak kata nama am untuk binatang digandakan. Contohnya burung menjadi burung-burung, gajah menjadi gajah-gajah,monyet menjadi monyet-monyet. Yang manakah ayat-ayat berikut betul? 1.Banyak monyet-monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 2. Banyak monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 3. Monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 4. Monyet-monyet bergayutan pada dahan kayu ara itu. | Kalau banyak, boleh digandakan. Ayat 1-salah. Ayat 2,3 dan 4 betul. | Tatabahasa | 19.08.2009 |
| Yang mana betul? 1. Ayah memotong dahan pokok dengan gergaji di halaman rumah pada waktu pagi. 2.Ayah memotong dahan pokok di halaman rumah dengan gergaji pada waktu pagi. | Mohon maaf, soalan tuan/puan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian. | Istilah | 26.03.2025 |
| Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereeka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual. 2. najis kelawar dikenali sebagai 'guano". satu pemetik kata atau dua?) | Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: - Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual.
- Najis kelawar dikenali sebagai "guano".
| Tatabahasa | 06.12.2018 |
| Salam sejahtera tuan. Saya faham kata nama sebelum imbuhan ber...an tidak perlu digandakan kerana ber... an bermaksud banyak. Jika perkataan yang berimbuhan ber...an yang membawa erti perbuatan yang dilakukan secara berulangan seperti berkibaran, berkerdipan, bergayutan dan sebagainya. Adakah salah sekiranya kata nama yang digunakan sebelum kata-kata tersebut digandakan? Contoh: 1. a. Bendera itu berkibaran ditiup angin. b. Bendera-bendera itu berkibaran ditiup angin. 2. a. Monyet bergayutan pada dahan pokok. b. Monyet-monyet bergayutan pada dahan pokok. 3. a. Bintang berkerdipan di langit. b. Bintang-bintang berkerdipan di langit. Adakah semua ayat di atas gramatis? Sekian, terima kasih. | Perkataan seperti berkibaran, bergayutan, berkedipan, bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran, berkejaran dan sebagainya, yakni yang diimbuhkan dengan apitan beR- ... -an membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak’. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 05.08.2011 |
| Ingin mendapat kepastian: 'ada' dan 'mempunyai' digunakan untuk manusia dan haiwan sahaja? Contoh: Kucing itu mempunyai sepasang mata yang bersinar. 'terdapat' digunakan untuk benda tidak bernyawa? Contoh: Rumah saya terdapat tiga bilik. | Perkataan "ada" dan "mempunyai" tidak semestinya digunakan untuk manusia dan haiwan sahaja. Contohnya ayat "Ada pokok yang bergetah dan ada yang tidak". "Pokok itu mempunyai dahan yang banyak". "Terdapat" boleh digunakan untuk benda bernyawa atau tidak bernyawa. Contoh "Terdapat banyak pokok..." | Tatabahasa | 13.10.2014 |
| Apakah penggunaan 'capai' dalam "Capai Raya Meriah" sesuai? ia bermaksud kita hendak mencapai raya yang meriah. Jika tidak sesuai, apakah sebabnya dan apakah kata ganti yang sesuai yang selari dengan 'capai raya meriah' | Menurut kamu s Pelajar Edisi Kedua, maksud capai ialah: 1. (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dengan menghulurkan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 Sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 Mendapat (sesuatu maksud dan lain-lain); menyampaikan atau menjayakan (maksud dan lain-lain): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-citanya. 4 Mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. Manakala maksud raya pula ialah besar Maka cadangan penggunaan ayat yang betul dan baik ialah "Mencapai Hari Raya yang Meriah" | Tatabahasa | 18.03.2021 |
| Minta pencerahan: 1. Adakah penggunaan "bertujuan untuk" lewah? 2. (a) Malaysia sebuah negara yang berdaulat. (b) Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. (c) Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Adakah semua ayat a, b dan c betul? Hanya berbeza dari segi (a) perlu berhenti seketika sebelum melafazkan "sebuah"? 3. Burung itu hinggap [ di atau pada ] dahan pokok. Banyak jawapan untuk pertanyaan Khidmat Nasihat tidak selaras. Minta kaji semula dan kemas kinikan jika boleh. Terima kasih. | 1. Frasa "bertujuan untuk" dianggap lewah kerana "bertujuan" ialah kata kerja tak transitif berpelengkap dan tidak perlu diikuti oleh kata sendi nama "untuk". Contohnya: Taklimat ini bertujuan memaklumkan peserta tentang objektif yang hendak dicapai. 2. (a) Malaysia sebuah negara yang berdaulat. (b) Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. (c) Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Adakah semua ayat a, b dan c betul? Ketiga-tiga ayat ini betul. 3. Ayat yang betul ialah "Burung itu hinggap pada dahan pokok". Maklumat dalam Khidmat Nasihat Bahasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 04.09.2024 |
| Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding. | Saudara, Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Bajunya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 bersangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu perkara (urusan dsb); melibatkan. menyangkutkan meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; terpaut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkutan hal, keadaan dsb bersangkut atau bersangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk menyangkutkan sesuatu. Daripada makna di atas, kata menyangkut digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
| Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Lain-lain | 04.09.2010 |