Salam, adakah pengginaan perkataan meter perlu dieja penuh atau tidak dalam ayat: 15 meter atau 15 m atau 15m? | Cara penulisan yang betul ialah, "15 m atau 15 meter". | Lain-lain | 31.10.2022 |
Untuk skrip pengiklanan televisyen. Perkataan Cotton dan Jacquard. Perlu di Melayukan atau tidak? Dalam dunia fabrik, perkataan yang biase disebut Swiis Cotton, Japanese Cotton. | Perkataan Cotton dan Jacquard perlu diterjemah dalam bahasa Melayu untuk paparan awam. Dalam bahasa Melayu, Cotton bermaksud kain kapas dan Jacquard dikekalkan perkataan yang sama. Contoh: Kain Kapas Swiss, Kain Kapas Jepun | Istilah | 17.02.2022 |
Sekiranya perkataan bahasa Melayu dan diikuti perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan, perlukah perkataan inggeris tersebut diitalic kan? contoh : Peti Pembekal (Feeder Pillar) | Perkataan bahasa Melayu yang diikuti dengan perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan tidak perlu diitalikkan perkataan bahasa inggeris tersebut tersebut. Hanya perkataan bahasa Inggeris tunggal dan tidak dalam kurungan sahaja perlu diitalikkan. | Ejaan | 03.07.2023 |
Salam pihak DBP, Boleh beritahu mana satu yang tepat dari segi tatabahasa? 1) Cair di dalam / dalam mulut. 2) Suluh untuk melihat di dalam / dalam telinga. 3) Ulser di dalam / dalam / pada perut. Terima kasih. | Pengguna bahasa perlu tahu membezakan penggunaan frasa sendi nama "di dalam" dan kata sendi nama "dalam". Frasa sendi nama "dalam" ialah binaan yang terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa, manakala kata sendi nama "dalam" berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh penggunaannya: a) Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha. (bukan: Juruacara di dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha) b) Pelajar yang lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu Muhammad Syafik. (bukan: Pelajar yang lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Muhammad Syafik) Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut: a) Cair di dalam mulut. b) Suluh untuk melihat di dalam telinga. c) Ulser di dalam perut.
| Lain-lain | 25.06.2022 |
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu". | Tatabahasa | 27.04.2022 |
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu" | Tatabahasa | 12.05.2022 |
1)Apakah maksud bertatasusila dan bertatabahasa?(atau tidak ada dalam kamus?)Mengapakah dua perkataan ini tidak ada dalam Kamus Dewan atau Kamus Pelajar?Boleh memberikan saya contoh ayat bagi perkataan “bertatasusila dan bertatabahasa”?(Jika ada dalam kamus) 2)Apakah maksud”lebar-lebar”?(atau tidak ada dalam kamus?) Adakah “lebar-lebar” bermaksud lebar?Boleh jelaskan?Boleh memberikan contoh ayat? Terima kasih. | 1) Makna bertatasusila dan bertatabahasa berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020): tatasusila n adat sopan santun dan budi pekerti yg baik: Tamadun manusia yg tinggi nilai peradabannya ialah mereka yg menjaga adab dan tatasusila terpuji. bertatasusila ktt mempunyai tatasusila: Pelajar harus diajar utk menggunakan bahasa yg sesuai dan bertatasusila apb berhadapan dgn ahli keluarga, guru dan rakan. tatabahasa Lin n cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik; nahu; bertatabahasa ktt menggunakan atau mengikut tatabahasa: Sesetengah lirik lagu didapati mengabaikan kesantunan bertatabahasa. Bahasa baku persuratan ialah bahasa yg bertatabahasa dan gramatis yg dizahirkan dlm bentuk tulisan. 2) Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020): lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada tuan/puan. Terima kasih. | Makna | 28.04.2023 |
Perlukah nama pengirim ditulis di sebelah kanan dalam surat tidak rasmi sebelum menulis alamat pengirim? | Kebiasaannya dalam penulisan surat tidak rasmi, nama pengirim tidak perlu ditulis di bahagian atas sebelah kanan tetapi alamat pengirim sahaja yang perlu disediakan. Nama pengirim akan ditulis di bawah tandatangan pengirim surat. | Lain-lain | 01.09.2021 |
Boleh saya tahu adakah "atau tidak" diperlukan untuk ayat jenis ini. "Periksa sama ada fail sudah disalin v/s "Periksa sama ada fail sudah disalin atau tidak" - adakah "atau tidak" wajib ada dalam ayat ini kerana ayat dapat difahami walau tiadanya "atau tidak". Dan untuk teks yang formal, "atau tidak" ini menjadikan ayat tidak/kurang formal. Jika untuk padanan, contohnya "sama ada lelaki atau perempuan", "sama ada betul atau salah" maka mesti sepasang. Atau adakah pilihan lain boleh digunakan contohnya: "Periksa untuk memastikan bahawa fail sudah disalin"? Terima kasih | Ayat tersebut bertujuan memberi arahan atau perintah boleh dibetulkan seperti berikut:“Periksa dan pastikan fail tersebut sudah disalin atau belum.” Perkataan “sama ada” boleh digunakan dan perlu sesuai dengan konteks ayat, contohnya ayat yang menyatakan pilihan atau sesuatu yang tidak pasti.
| Tatabahasa | 23.08.2021 |
Salam sejahtera, dalam konteks bahasa perbualan (tidak baku), jika perkataan "berduet" disebut seperti "berduit", adakah diterima? Dalam konteks perbualan tidak baku. Sekian, terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan ejaan yang betul ialah "berduit" dan disebut "ber.duit". Walaupun dalam situasi tidak rasmi, sila gunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul. | Makna | 08.10.2021 |