Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak dapat dikenang-kenang,
     Kalau dikenang mabuk kepayang;
Jangan disangka airnya tenang,
     Tempat di situ buaya berenang.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Dada manusia tidak dapat diselam.

Bermaksud :

Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

 

Lihat selanjutnya...(140)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam.tuan/puan Soalan: Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat. Jawapan: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan. Tepatkah jawapan di atas? Terima kasih AzuraAyat Aktif: Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat.
Ayat Pasif: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan.
Tatabahasa26.05.2019
jika tidak dapat lihat file , sila jawab Terima kasih kerana inilah kali pertama send fileLampiran yang diberikan tidak dapat dibuka. Sila lampirkan fail dalam format yang lebih sesuai.Lain-lain11.11.2021
Suis kipas tidak dapat saya naikkan selepas petir yang kuat pagi semalam. Ayat di atas betul ke?Penggunaan perkataan yang tepat ialah "Saya tidak dapat menghidupkan suis kipas selepas petir yang kuat pagi semalam."Lain-lain27.04.2022
Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyebabkan sesuatu pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan. (i) Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (ii) tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan Adakah kedua-dua frasa tersebut gramatis?

Kedua-dua frasa, iaitu  “Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)” dan “tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan”  dalam contoh ayat yang diberikan adalah gramatis.

Tatabahasa14.03.2022
Salam, Saya ingin mengetahui pihak saya tidak dapat email Sijil Pengesahan dan sudah cuba klik link yang disedia untuk mencetak Sijil tersebut tetapi tidak ada apa yang boleh saya cetak. Tolong email saya Sijil untuk tujuan permohonan lesen. Terima KasihKami tidak dapat menghubungi tuan (ruang maklumat pelanggan tidak dapat dibuka). Untuk menyelesaikan masalah yang tuan hadapi sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP di talian 03-21479389/9373.Lain-lain22.06.2015
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)?Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak):

1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

2.  Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu ab­s­trak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna28.06.2018
Suis kipas tidak dapat saya naikkan selepas petir yang kuat pagi semalam. Ayat di atas betul ke?Cadangan padanan ayat yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan ialah, Suis kipas tidak dapat saya hidupkan selepas petir yang kuat pagi semalam.Lain-lain15.04.2022
Adakah frasa hilang jejak dan apakah maksudnya Teeima kasih
Hilang jejak bermaksud tidak dapat dikesan, tidak dapat dihubungi, tidak diketahui keberadaaan seseorang dan lain-lain. 
Makna28.06.2020
Kenapa saya tidak dapat menghantar soalan kerana katanya "lebih 100 perkataan" padahal belum?

Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan bahasa. Walau bagaimanapun, soalan tuan tidak dapat dijawab melalui platform Khidmat Nasihat Bahasa kerana soalan yang dihantar terlalu banyak (melalui tiga entri pertanyaan). Kami hanya menerima satu entri pertanyaan dengan satu soalan sahaja.

Untuk khidmat penyemakan bahasa atau dokumen yang panjang, tuan boleh menghantar senarai soalan dengan jelas dan berstruktur kepada nawal@dbp.gov.my bagi kami menyediakan sebut harga.

Penyemakan dan penterjemahan28.11.2024
Minta memperjelas beza 'keesokan hari' dan 'esok'. Adakah 'keesokan hari' itu lewah? Saya tidak dapat pikirkan konteks penggunaan 'keesokan hari' yang tidak dapat digantikan dengan 'esok', bentuk yang lebih pendek dan padat tetapi sama makna.Esok merujuk hari sesudah hari ini; besok, manakala keesokan hari merujuk kepada esoknya.
Kedua-duanya tepat dan betul dan merujuk makna yang sama.
Makna04.04.2019
12345678910...

Kembali ke atas