Bolehkah frasa "tidak dapat tidak" digunakan dalam bahasa Melayu formal? Atau kita boleh menggantikan frasa ini dengan "pasti akan"? | Perkataan tersebut boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi perkataan "harus" lebih gramatis kerana harus bersinonim dengan perkataan tidak dapat tidak. | Tatabahasa | 04.10.2012 |
apakah perbezaan antara perlu dan hendaklah | Perlu bermaksud keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian: perlu juga membawa pelbagai makna lain termasuklah menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu ), harus ada (diperoleh), sesuatu yang dikehendaki hajat, kepentingan, hajat, kehendak, maksud, tujuan dan sebagainya, manakala hendaklah bermaksud tidak dapat tidak; mesti; dan patut. Untuk maklumat lanjut puan boleh layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan lihat pelbagai maksud lain yang mendukung makna kata perlu. | Makna | 11.01.2011 |
Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2. boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Mereka bukan godaan pada orang yang tidak dapat menahan diri / Mereka bukan godaan kepada orang yang tidak dapat menahan diri | Mereka bukan godaan kepada orang yang tidak dapat menahan diri. | Tatabahasa | 23.09.2011 |
Ayat manakah yang betul? A) Ali tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah. B) Ali tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dengan perkara yang salah. | Ayat yang betul ialah Ali tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dengan perkara yang salah. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
senaraikan kesan yang dihadapi apabila tidak mengagungkan bahasa yang baik | Apabila tidak menggunakan bahasa yang baik komunikasi tidak dapat berjalan dengan lancar kerana mesej tidak dapat disampaikan atau tidak difahami. Kemungkinan berlaku salah faham atau salah tafsiran kepada kenyataan yang dibuat. Ini boleh menyebabkan tindakan atau maklum balas tidak dapat dibuat kerana mesej tidak sampai atau tidak jelas. | Lain-lain | 10.10.2006 |
tidak hanya tidak dapat hilang dari ingatan. adakah ayat ini betul? | Ayat ini kurang tepat, ayat yang betul ialah "Tidak hanya, tidak dapat hilang daripada ingatan..." | Tatabahasa | 15.12.2010 |
penumpang yang tidak dipilih disebabkan tidak dapat mendaftar | ... tidak dapat mendaftar | Tatabahasa | 16.09.2008 |
Muhni tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana dia miskin. Muhni tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana miskin. ayat mana yang lebih gramatis??? knp? | Ayat pertama lenih gramatis kerana perkataan 'dia' menjelaskan lagi siapakah yang dikatakan miskin. | Tatabahasa | 22.09.2008 |
Saya mempunyai sebuah cerpen ciptaan sendiri tetapi saya tidak dapat menhantarnya kerana tidak dapat tahu tentang peraduan-peraduan DBP. Bagaimana untuk saya ingn tahunya? | Buat masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak menganjurkan sebarang peraduan menulis cerpen. Saudara boleh melayari laman DBP di dbp.gov.my untuk mengetahui tentang sebarang peraduan yang dianjurkan DBP. Saudara juga boleh menghantar karya saudara ke majalah terbitan DBP dengan menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 28.04.2010 |