Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya nak bertanya, adakah perkataan DIBUAT-BUAT memiliki sama maksud dengan perkataan DIBUAT?

Perkataan "dibuat"  dan "dibuat-buat" mempunyai maksud yang berbeza. "Dibuat" bermaksud dilakukan, dihasilkan daripada, dibuat daripada dan "dibuat-buat" bermaksud tidak bersungguh-sungguh, berpura-pura dan berbuat seakan-akan. 

 

Tatabahasa27.07.2021
yang manakah betul: - sila buat bayaran /sila buat pembayaran - bayaran yang diterima... / pembayaran yang diterima... - kami tidak menerima sebarang bayaran daripada anda / kami tidak menerima sebarang pembayaran daripada anda - bayaran yang dibuat gagal / pembayaran yang dibuat gagalKedua-dua frasa tersebut betul dan boleh digunakan. Bayaran bermaksud wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan:  manakkala "pembayaran"perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; Tatabahasa13.10.2017
berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_<Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa.Lain-lain04.03.2025
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan.Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan se­suatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih.


Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut.
Makna14.04.2014
boleh signboard ini digunakan untuk rujuk an Majlis Daerah Semporna untuk buat lesen operasi & bagi sebab & solusi jika tidak diluluskan

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang telah DILULUSKAN/BERDAFTAR (Registered) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. Jika tidak aktif dan bukan berstatus Registered, sila qunakan nama yang berdaftar dengan SSM sahaja atau nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul sahaja.

Lain-lain05.03.2026
Permohonan baharu (No. Permohonan: 71009/2026) bagi papan tanda iklan tambahan - Pegawai telah memohon lampiran visual papan premis utama untuk tujuan pengesahan. Walau bagaimanapun, saya telah tersilap memuat naik fail yang tidak betul semasa permohonan dibuat. Mohon bantuan pihak tuan/puan untuk menggantikan lampiran tersebut dengan fail (permohonan papan premis utama yang telah diluluskan) yang betul seperti yang dilampirkan bersama e-mel ini bagi membolehkan permohonan diproses. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.Sila buat pembetulan dan lampirkan semula iklan melalui sistem dbp.sahbahasa atau puan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan iklan. Lain-lain16.07.2026
salam..saya ingin bertanya,buku salina tidak diterbitkan lagi ke?sebab sudah lama saya mencari buku tersebut tapi masih tidak dapat.. 2)DPT patut wujudkan sistem kad keahlian kepada pelanggan DBP..dengan kad keahlian tersebut,DBP boleh buat jualan murah secara berperingkat sepertimana yang dibuat seperti pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai buku yang lain..dengan adanya kad keahlian dan potongan harga untuk ahli,saya pasti minat membaca rakyat Malaysia semakin bertambah.. 3)tuliskan bilangan muka surat utk setiap buku yang dijual secara online sebab kalau tidak ditulis,agak sukar untuk mengagak ketebalan sesebuah karya.. diharapkan pihak DBP akan mempertimbang cadangan saya ini.. sekian,terima kasih...

Terima kasih kerana menggunakan talian khidmat bahasa DBP.

1) Untuk pengetahuan saudara buku Salina belum ada diterbitkan untuk edisi baru. Untuk membacanya saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu dan menjadi ahli RAKAN DEWAN.

2) Saudara boleh menjadi ahli RAKAN DEWAN dengan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Dengan keahlian ini secara automatik saudara akan dapat menggunakan kemudahan rujukan, penyelidikan dan pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu. Disamping itu dengan kad keahlian Rakan Dewan saudara akan menikmati diskaun sehinghga 25 peratus yang ditawarkan di mana-mana kedai Galeri Ilmu DBP di ibu pejabat, pejabat cawangan dan wilayah.

3) Jika saudara merujuk ke KATALOG AWAM ATAS TALIAN melalui sistem Pustaka, apabila saudara klik pada ikon TERPERINCI maka segala maklumat mengenai buku tersebut akan dipaparkan. Saiz buku, ketebalan buku dan lain-lain lagi.

Selamat Mencuba

Lain-lain03.12.2009
Tolong semakkan penggunaan bahasa : Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu ‘COMPOUND’ dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dilaksanakan ke atas pemilik yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasamasa anda amat dihargai. Abaikan notis ini jika ada tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibayar. Terima kasih.Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu COMPOUND dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasama anda amat dihargai. Sila abaikan notis ini jika tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibuat.  Tatabahasa07.10.2023
salam...saya ada buat permohonan KPBDBP..status keputusan semakan iklan syarikat kami adalah tidak lulus.. Tolong beri penjelasan balik kenapa harus ditukar nama Tadika kami?? ini sejarah Pengesahan No pendaftaran..37212/2015 ini komen yang kami terima oleh pihak tuan - Tarikh Mula Proses Permohonan : 21/09/2015 10:13 - Tarikh Pengesahan : 21/09/2015 11:16 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Sila pinda seperti yang berikut: 1. TCB PRESCHOOL & CHILDCARE kepada PRASEKOLAH DAN TASKA ***ini nama Tadika Kami...kenapa harus ditukar???Permohonan tuan yang telah dibuat pembetulan telah diproses dan diluluskan. Sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain21.09.2015
minta tukar nama syarikat nama ; Chong mei tong tukar kepada Restoran Pengle email : octopus_2505@hotmail.comSila masuk semula ke Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan  Khidmat Nasihat Bahasa) dan buat permohonan baru dengan mengisi semula borang tersebut. Pihak kami tidak boleh menukar nama tersebut kerana penukaran hanya boleh dibuat oleh pemohon.Lain-lain27.02.2014
1234

Kembali ke atas