Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam , saya ingin bertanya berhubung kepada pengunaan bahasa #YouCanDuit? Adakah dibolehkan, tidak kah ia seperti dicampur aduk bahasa malaysia dan bahasa inggeris ?Waalaikumussalam, Untuk makluman, perkataan tersebut merupakan "hastag" dan DBP tidak mempunyai kawalan terhadap penggunaan "hastag". Sungguhpun demikian, dalam urusan rasmi "YouCanDuit" tidak boleh digunakan.Lain-lain14.12.2017
Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi.

 Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna.

Tatabahasa24.02.2010
Salam sejahtera, Dalam penggunaan kata tanya, apakah peranan tambahan 'kah' di hujung setiap kata tanya? Contohnya, "Bagaimana'kah' kamu melakukannya?" Adakah ayat tetap betul tatabahasanya jika 'kah' tidak diletakkan? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Kehadiaran  -kah, -tah dan -lah  penting sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat "Siapakah majikan kamu itu?"
Tatabahasa07.10.2015
Adakah kata tanya MESTI diikuti partikel '-kah'? Contoh: Bila / Bilakah kamu sampai? Terima kasih.Tidak semua kata tanya perlu diikuti  dengan partikel kah, sebaliknya penggunaan partikel kah mengikut kesesuaian ayat tersebut. Contoh ayat: Bila kamu sampai? dan Bilakah kamu sampai?, kedua-duanya ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa08.07.2010
1-Boleh atau tidak mengunakan partikel -kah dipertengahan ayat ? Meja siapakah itu? Buku siapakah ini? 2-Warna jingga boleh dijelaskan sebagai warna oren atau perlu dijelaskan sebagai kuning kemerah-merahan.1. Partikel -kah boleh digunakan  di pertengahan ayat. Sila rujuk halaman 447, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Tatabahasa12.10.2016
Bolehkah menggunakan perkataan 'KE' untuk bertanya sebagai pengganti kata hubung 'atau' dan partikel '-kah'? Misalnya, betul ke tidak? Sudah masuk waktu Maghrib ke?Penggunaan yang gramatis untuk ayat tanya ialah -kah. Lain-lain23.11.2015
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak? 1. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dan Roslina. 2. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina. 3. Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Manakah ayat di atas adalah betul dan gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina dan Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.Tatabahasa29.06.2016
adakah ayat tanya ini betul?? -pukul berapa sekarang? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan -kah atau menggunakannya tetapi bukan di hadapan ayat ?Yang betul ialah 'Pukul berapakah sekarang?'. Ayat ini ialah ayat tanya songsang yang predikatnya didahulukan. Bagi ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan 'kah', ialah ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa dan siapa. Contoh : Itu apa? Orang itu siapa? Untui maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa15.06.2008
Assalamualaikum Adakah perkataan yang menggunakan partikel -lah, -kah, -tah tergolong dalam bentuk kata terbitan? Contohnya perkataan 'cukuplah'. Partikel -lah tidak merujuk kepada imbuhan. Mohon pencerahan.-Darayani.Salam,

Partikel -lah, -tah, -kah bertindak sebagai penegasan dalam ayat dan bukan membentuk kata terbitan. Terima kasih.
Lain-lain12.03.2015
Assalamualaikum Tuan, betul kah ejaan Akademi Iqra' Ummum al-Husna Kalau dalam huruf besar sama juga kah ejaannya AKADEMI IQRA' UMMUM AL-HUSNA Terima kasih.​Kedua-dua bentuk ejaan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan penggunaan nama sesuatu organisasi/institusi yang menggabungkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.Ejaan21.02.2020
1234567

Kembali ke atas