Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu dengan lebih lanjut apakah maksud bagi istilah lazim dan istilah tidak lazim? Hal ini kerana, apabila saya merujuk atas talian, saya tidak menjumpai jawapan yang tepat terhadap pertanyaan saya. Seterusnya, bagaimanakah sesuatu istilah tidak lazim itu diambil? Terima kasih.Istilah lazim biasanya merupakan istilah yang tepat, betul dan sesuai mengikut bidang tertentu. Istilah tidak lazim pula biasanya perkataan atau frasa yang bersifat arkaik, iaitu kuno dan sudah ketinggalan zaman. Istilah tidak lazim juga boleh dikategorikan sebagai  kata, ungkapan dan sebagainya yang bukan merupakan perkataan bahasa Melayu standard. Sesuatu istilah yang tidak lazim mungkin dahulunya diambil daripada suatu konsep penggunaan yang popular dalam tempoh atau era tertentu. Oleh sebab itu, istilah tidak lazim perlu dielakkan penggunaannya.Lain-lain15.10.2020
Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar?Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard.Lain-lain29.09.2016
Mengakaunkan atau memperakaunkan. Yang mana betul?Perkataan mengakaunkan dan memperakaunkan tidak lazim digunakan dalam kalangan pengguna bahasa. Cadangan bagi perkataan mengakaunkan ialah memasukkan ke dalam akaun.Tatabahasa24.10.2018
Adakah istilah semanusiaran ada dalam Bahasa Melayu?Secara umum, istilah semanusiaran tidak lazim digunakan dalam bahasa Melayu dan tiada dalam data Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah27.07.2024
Menurut laman web PRPM, terjemahan untuk 'relapse' ialah 'kambuh'. Walau bagaimanapun, perkataan 'kambuh' tidak lazim digunakan dalam konteks harian. Bolehkah tuan mencadangkan penggunaan perkataan lain seperti 'berbalik'? Adakah perkataan 'relaps' boleh diguna pakai? Mengikut pandangan tuan, apakah perkataan yang paling difahami dan paling dapat diterima di negara ini? Terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "relapse", iaitu kambuh, relaps dan berbalik. Oleh itu, puan boleh memilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks yang digunakan.Istilah26.05.2016
Adakah ayat di bawah ini betul penggunaan imbuhannya? 1. Ani sedang bernyanyi dan bernari.Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, manakala bertari juga sama maksudnya dengan menari tetapi kata bertari sudah tidak lazim lagi digunakan. Oleh itu, bagi menghasilkan ayat yang gramatis, ayat tersebut perlu diubah menjadi "Ani sedang bernyanyi/menyanyi dan menari"Tatabahasa10.01.2014
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya.Tatabahasa20.10.2012
Adakah Kata adjektif yang membawa keserasian makna seperti cantik molek dan kurus kering boleh ditulis secara songsang ? sebagai contoh, molek cantik dan kering kurus.Bentuk gabungan tersebut betul tetapi apabila diterbalik ia tidak lazim digunakan. Contoh cantik molek - sangat cantik dan kurus kering -sangat kurus. Namun begitu, jika diterbalikkan akan membawa makna yang lain contohnya kering kurus - sangat kering.Makna22.02.2018
jika saya memerlukan terjemahan tulisan jawi pada seuatu artifak milik keluarga, bolehkah pihak DBP membantu menterjemahkan ia? Pada objek tersebut tertulis 1291 dipercayai tahun objek tersebut digunapakai. Dan disebabkan ia mempunyai gaya penulisan yang tidak lazim pada saya maka saya memerlukan bantuan untuk memahami isi kandungannya. Terima Kasih, sekian.Untuk makluman, tuan boleh membuat pertanyaan tentang artifak/manuskrip lama kepada Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Penyelidikan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui talian 03-21479000.Lain-lain04.10.2019
1) Bolehkah perkataan berkisar digunakan dalam ayat di bawah sebab kamus dewan edisi keempat menyatakan berkisar bermaksud berpusing/berputar.Ataupun berkisar tidak lazim digunakan dalam ayat di bawah? - Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. 2. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Adakah berkisar sesuai digunakan dalam ayat di atas? 3. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah? - Pelbagai barang-barang dikenakan kawalan harga. - Gadis itu berkelakuan gila-gilaan setelah ibunya meninggal.1. Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Penggunaan perkataan berkisar dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Seperti yang tuan maklumi perkataan berkisar tidak sesuai dengan kedua-dua konteks ayat yang tersebut. 
2. Ayat yang gramatis ialah "Pelbagai barang dikenakan kawalan harga" dan "Gadis itu gila-gilaan setelah ibunya meninggal dunia".
Tatabahasa26.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas