Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, mohon bantuan utk menolong saya berkenaan maksud perkataan REMEH dan REMEH TEMEH..dan apa perbezaannya?Remeh-temeh ialah kata ganda bagi perkataan remeh yang bermaksud tidak mustahak atau tidak penting.Makna03.12.2012
apakah perbezaan antara PERLU dan MESTI

Merujuk Kamus Dewan bermaksud tidak boleh tidak atau wajib, dan mesti juga boleh membawa maksud pasti, tentu dan patut. Contoh ayatnya, 1. Saya mesti pergi hari ini juga dan 2. Orang yang kaya tidak semestinya hidup bahagia. Perlu pula ditakrifkan sebagai keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian (untuk mendapatkan sesuatu), dan perlu juga membawa maksud  harus ada (diperoleh), berguna, mustahak dan penting. Contoh ayatnya, 1. Setiap borang permohonan perlu ditandatangani oleh pemohon, dan 2. Kerjasama petani-petani adalah perlu untuk menjayakan rancangan tersebut. Kedua-dua kata tersebut membawa banyak makna, ada makna dalam kedua-dua kata tersebut sukar untuk dibezakan penggunaannya(seperti contoh ayat pertama tiap-tiap kata) dan makna yang boleh dibezakan penggunaannya (seperti contoh ayat kedua).

Makna11.01.2011
Tuan DBP, mengapakah wujudnya frasa-frasa "hadirin sekalian"? Kata "sekalian" kata bilangan yang terletak di hadapan frasa nama kerana berguna sebagai penerang jumlah frasa nama. Sebagai contoh sekalian murid, sekalian hadirin, sekalian kawan, sekalian pencuri. Mengapakah dalam teks ucapan, tidak diperikan "sekalian hadirin"? Sebagai contoh: Sekalian hadirin, perpaduan amat mustahak untuk menjanakan negara yang maju....... . Natijahnya, soal inti saya: Mengapakah pegarinya bentuk frasa "hadirin sekalian", sedang kata bilangan berada di depan frasa nama?Frasa "hadirin sekalian" lewah namun banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Bagi menghasilkan ungkapan yang gramatis, ungkapan tersebut boleh ditukar kepada "Hadirin yang dihormati" dan "Murid-murid yang disayangi".Tatabahasa15.08.2015
apa bezanya 'oleh sebab' dan 'oleh kerana'?Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.Tatabahasa09.10.2008
1. Saya terkeliru penggunaan tanda sempang pada kata ganda berentak. Mengapakah perkataan semak samun tiada tanda sempang tetapi sayur-mayur ada tanda sempang? Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada ada tanda sempang atau tidak pada kata ganda berentak atau berima? 2. Apakah perbezaan oleh sebab dan oleh kerana?1. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan seperti semak samun (semak - semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar, samun - semak-semak dan belukar yg terbiar). Manakala, sayur-mayur perlu diletakkan sempang kerana "mayor" tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. Akan tetapi, tidak ada rumus yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bentuk ejaan ini kecuali merujuk kamus.

2.   Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Tatabahasa13.08.2015

Kembali ke atas