apakah orang gila | Menurut Kamus Dewan maksud gila :1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; | Lain-lain | 24.12.2007 |
Hello Khidmat Nasihat DBP Saya ingin mengetahui sama ada ayat-ayat di bawah ini gramatis/betul atau tidak. 1. Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. 2. Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termenterai dari awal lagi. 3. Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan. Pihak tuan/puan BELUM menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Terima kasih | 1. Walaupun Osman normal">normal">tergolong antara pemain yang normal">normal">terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya normal">normal">sehebat rakan-rakannya yang lain. 2. Permuafakatan dalam bidang ekonomi normal">normal">antara negara kita normal">normal">dengan negara jiran sudah termeterai normal">normal">dari awal lagi. 3. Supaya jawapan tidak terpesong, normal">normal">kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan. | Tatabahasa | 12.10.2013 |
salam hormat, bagaimanakah untuk menerangkan perbezaan makna pelaksanaan dan perlaksanaan. tolong berikan ayat yang menggunakan perkataan tersebut. | normal; font-family: Verdana">Merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiganormal; font-family: Verdana">, halaman 132; menyatakan bahawa kata nama terbitan yang menggunakan imbuhan per-...-an normal; font-family: Verdana">berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan awalan beR-. Contohnya, normal; font-family: Verdana">pelaksanaannormal; font-family: Verdana"> berasal daripada kata kerja melaksanakan; oleh sebab bentuk berlaksana tidak wujud, maka bentuk perlaksanaan tidak boleh digunakan untuk menyatakan maksud proses melaksanakan sesuatu perkara. Contoh ayat; Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. | Tatabahasa | 18.03.2009 |
Saya cuba daftar tetapi rekod tidak dapat disimpan. Jadi saya harap dapat menerima bantuan dengan cara ini. Saya perlukan terjemahan istilah genetik narrow-sense heritabilities dalam Bahasa Melayu. TK | normal; font-size: 12pt; font-family: Verdana">Ejaan yang betul ialah narrow-sense heritability. normal; font-size: 12pt; font-family: Verdana">Maknanya ialah keterwarisan erti sempit. | Istilah | 18.12.2008 |
Salam, saya ingin tahu tahun berapakah mulanya ejaan rumi diperkenalkan di Tanah melayu, adakah sejak Munshi Abdullah lagi? Setahu saya zaman Abdullah munsyi menggunakan ejaan jawi dalam semua aspek penulisan baik penterjemahan dari B.Inggeris dan persuratan. Siapakah yang menerajui atau memperkenalkan ejaan rumi di tanah melayu? | normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal"> Merujuk Ensiklopedia Bahasa Melayu, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17. Untuk makluman tuan dalam perancangan bahasa Melayu tumpuan diberikan kepada aspek pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972. normal; text-indent: -36pt; margin: 0cm 0cm 0pt 72pt; undefined: " class="MsoNormal"> normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal">normal"> Sistem ejaan rumi yang pernah wujud: normal; text-indent: -36pt; margin: 0cm 0cm 0pt 72pt; undefined: " class="MsoNormal">normal"> normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal"> a. Sistem Ejaan Wilkinson (1904) – ejaan sekolah Melayu di Malaya. normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal"> b. Ejaan Za’ba (1949) – ejaan sekolah hingga 1972; normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal"> c. Sistem Ejaan Fajar Asia – ejaan majalah normal">Fajar Asia (1945-1954); normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal"> d. Ejaan Rumi Kongres 1956 – ejaan normal">Asas ‘50’ (Angkatan Sasterawan ’50) normal; text-indent: -1cm; margin: 0cm 0cm 0pt 1cm; undefined: " class="MsoNormal"> e. Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) – ejaan majalah normal">Bahasa normal; margin: 0cm 0cm 0pt; undefined: " class="MsoNormal"> Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959. Walau bagaimanapun, ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dilaksanakan. Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia sistem ini dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. normal"> | Tatabahasa | 19.03.2013 |
SAYA TELAH HASILKAN BEBERAPA KARYA SASTERA HASIL BUAH FIKIRAN SAYA SENDIRI DAN BELUM PERNAH DITERBITKAN DI MANA-MANA BUKU.KARYA SASTERA TERSEBUT BERUPA PUISI MODEN,CERPEN DAN NOVEL DALAM BAHASA MELAYU.OLEH ITU, SAYA INGIN MEMPERKEMBANGKAN BAKAT PENULISAN SAYA INI,NAMUN SAYA TIDAK TAHU HENDAK BERMULA DARI PERINGKAT MANA.SELAIN ITU,SAYA INGIN MENJADI SALAH SEORANG PENULIS MUDA DI MALAYSIA.SAYA JUGA TELAH MEMENANGI BEBERAPA ANUGERAH DI PERINGKAT SEKOLAH TERUTAMA DALAM AKTIVITI BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH. | Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berminat menjadi penulis. Ada beberapa cara puan boleh mengembangkan bakat penulisan puan, antaranya: 1. Puan terus menulis dan mengirimkan karya puan kepada mana-mana penerbit untuk diterbitkan. 2. Puan menyertai bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan-persatuan penulis, ataupun oleh pihak swasta [misalnya syarikat akhbar dan Akademi Penulis (normal; orphans: 2; letter-spacing: normal; color: #000000; word-spacing: 0px; -webkit-border-horizontal-spacing: 0px; -webkit-border-vertical-spacing: 0px; -webkit-text-decorations-in-effect: none; -webkit-text-size-adjust: auto; -webkit-text-stroke-width: 0px" class="Apple-style-span">latihan@akademipenulis.com.), dan lain-lain]. Untuk meninjau peluang mengikuti bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBP,puan boleh menghubungi Pn. Hjh. Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran(e-mel: aisah@dbp.gov.my), atau En. Shahrun Nizal Mohd Nor (shahrun@dbp.gov.my) di Pusat Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA). normal; orphans: 2; letter-spacing: normal; color: #000000; word-spacing: 0px; -webkit-border-horizontal-spacing: 0px; -webkit-border-vertical-spacing: 0px; -webkit-text-decorations-in-effect: none; -webkit-text-size-adjust: auto; -webkit-text-stroke-width: 0px" class="Apple-style-span">3. Puan menjadi ahli persatuan penulis di tempat/negeri puan supaya puan boleh berkongsi pengalaman dengan penulis-penulis yang berpengalaman. normal; orphans: 2; letter-spacing: normal; color: #000000; word-spacing: 0px; -webkit-border-horizontal-spacing: 0px; -webkit-border-vertical-spacing: 0px; -webkit-text-decorations-in-effect: none; -webkit-text-size-adjust: auto; -webkit-text-stroke-width: 0px" class="Apple-style-span">Untuk mengirimkan karya puan ke DBP, sila hubungi pegawai berikut: normal; orphans: 2; letter-spacing: normal; color: #000000; word-spacing: 0px; -webkit-border-horizontal-spacing: 0px; -webkit-border-vertical-spacing: 0px; -webkit-text-decorations-in-effect: none; -webkit-text-size-adjust: auto; -webkit-text-stroke-width: 0px" class="Apple-style-span">(a) Pn Norimah Bajuri, (norimah@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, atau normal; orphans: 2; letter-spacing: normal; color: #000000; word-spacing: 0px; -webkit-border-horizontal-spacing: 0px; -webkit-border-vertical-spacing: 0px; -webkit-text-decorations-in-effect: none; -webkit-text-size-adjust: auto; -webkit-text-stroke-width: 0px" class="Apple-style-span">(b) En Arshad Rawian (arshad@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. | Lain-lain | 09.10.2010 |
salam, apakah makn bahasa ekonomik? Adakah perkataan nak, tak, la tergolong dalam bahasa ekonomik? | Adakah saudara maksudkan nilai ekonomi bahasa? Walau bagaimanpun tidak ada maklumat tentang konsep tersebut dalam pangkalan data kami. Contoh yang diberikan seperti nak dan tak iialah kependekan bagi perkataan hendak dan tidak yang lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Untuk membantu saudara mendapatkan maklumat tentang nilai ekonomi bahasa, beberapa artikel boleh dirujuk, iaitu: normal"> Nilai ekonomi bahasa Melayu | Mohd. Salleh Majid | Berita Harian (Sastera dan Budaya) | 23.09.2000 | normal"> Langkah beri nilai ekonomi kepada bahasa | Amir Tan | Warisan Nasional | 10.06.1990 | Bahasa Melayu dan nilai ekonomi | Mohd. Salleh Abd. Majid | Berita Harian | 14.07.1993 | Bahasa Melayu kegagalan nilai ekonomi gugat martabat | Akhbar: | Utusan Malaysia | 25.10.2004 |
| Lain-lain | 31.05.2012 |
apakah maksud saka | saka I : pusaka. saka II : 1. leluhur drpd sebelah emak 2. pangkat yg turun-temurun. saka III : tidak subur lagi (tanah), usang saka IV : Jw 1. tiang seri (pd rumah), tiang ibu rumah; 2. ki penegak atau pengukuh (negara dll). saka V : (Tani) jenis tumbuhan (kunyit dll) yg hidup semusim atau setahun sahaja. | Makna | 10.01.2013 |
Salam ceria! Ingin saya bertanya mengenai penggunaan perkataan seperti "abang, adik, ibu(bukan kata nama khas)" dsb dalam penulisan. Perkataan2 spt ini harus ditulis dengan huruf besar atau tidak. misalnya: ".... abang yang menghabiskan makanan itu." sekian, terima kasih. | Dalam penulisan, huruf besar digunakan hanya bagi: 1. Permulaan ayat 2. Huruf pertama setiap kata nama khas (nama orang, nama geografi, nama institusi, judul penerbitan dan lain-lain) Oleh sebab kata normal">abang, ibu dannormal"> adik adalah kata nama am, maka perkataan tersebut hendaklah ditulis dalam huruf kecil kecuali jika kata tersebut memenuhi syarat (1), iaitu ditulis pada permulaan ayat. | Lain-lain | 08.10.2013 |
Salam DBP, Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1) Emak masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Menurut penulis buku berkenaan, bahagian yang salah ialah kata 'masak'. Menrutnya kata yang sesuai ialah 'bermasak-masak' seperti ayat yang berikut: Emak bermasak-masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Menurut Kamus, 'bermasak-masak' bermaksud 'sedang membuat lauk-pauk (kuih-muih dll) Tolong jelaskan kepada saya. Terima kasih. | normal" class="Apple-style-span">Emak bermasak-masak lauk-pauk kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Ayat ini kurang tepat atau lewah kerana bermasak-masak bermaksud sedang membuat lauk-pauk, kuih-muih dan sebagainya sepatutnya ayat ini menjadi Emak bermasak-masak kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah kami.
| Tatabahasa | 19.05.2011 |