| apakah yang dimaksudkan dengan lumba haram | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan lumba bermaksud perlawanan beradu cepat. Perkataan haram bermaksud ditegah(terlarang) oleh undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang. Oleh itu lumba haram bermaksud perlawanan yang ditegah oleh undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang. | Makna | 10.04.2008 |
| Pada bahagian field juga saya tidak beberapa pasti . Ayat nya seperti ini , System error! Invalid field type ?0! dan saya menterjemah kepada Ralat sistem! Jenis medan tidak sah ?0! | Cadangan jawapan bagi terjemahan tersebut ialah Sistem ralat dan Jenis medan tidak sah. | Lain-lain | 19.01.2022 |
| Kami sedang membuat notis bagi ulat tiket di KLIA. Dalam bahasa inggeris adalah "No solicitation is allowed within the terminal". Apakah penterjemahan solicitation bagi konteks ini? Adakah "sebarang penjualan secara haram/tidak sah adalah tidak dibenarkan?" Saya juga boleh dihubungi di norawaina@malaysiaairports.com.my. Terima kasih. | Kami mencadangkan supaya ayat tersebut ditambah perkataan tiket untuk menerangkan secara khusus mengenai penjualan tiket haram. "sebarang penjualan tiket secara haram/tidak sah tidak dibenarkan" | Lain-lain | 22.09.2022 |
| maksud kudeta | Maknanya ialah rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sah | Makna | 04.01.2010 |
| Pembida adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran pembida menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak. .... soalan di dalam ayat ini,adakah penggunaan "Tertolak" berada di tempat yang betul? | Penggunaan perkataan “tertolak” dalam ayat “Pembida dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran pembida menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak”, betul. | Tatabahasa | 18.08.2022 |
| Salam, "Kalau di Twitter, ada orang cakap, pembalakan tu atas tujuan komersial (aktiviti yang sah). Penebangan pula adalah secara tidak sah. Aktivitinya sama." Boleh tolong terangkan? Saya terkedu ni. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pembalakan ialah usaha atau kerja-kerja membalak manakala penebangan pula bermaksud perbuatan atau hal menebang (pokok dan lain-lain) | Makna | 20.08.2021 |
| Selamat pagi, Baru-baru ini, sebuah pengusaha makanan francais menggunakan “Sensasi Delight” sebagai nama bagi promosi resipi terbaru mereka. Soalan saya, adakah nama ini dibenarkan penggunaannya untuk tujuan pengiklanan? Adakah penggunaan bahasa campuran menjadikan ianya tidak sah digunakan bagi tujuan pengiklanan? Berbangkit daripada soalan diatas, syarikat kami pula ada mencadangkan nama “Rasalicious Roaster” bagi sebuah pengusaha makanan francais yang lain yang mempromosikan ayam panggang sebagai menu utama. Rasalicious – Gabungan “Rasa” + cedokan “licious” dari Delicious = Sedap Roaster – Panggang Soalan saya, adakah “Rasalicious Roaster” sah digunakan sebagai nama produk bagi tujuan pengiklanan kami? Harap pihak Tuan dapat membantu menjawab persoalan saya ini. Terima kasih. | Kedua-dua perkataan ini tidak boleh diterima kerana kedua-duanya mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa rojak. Perkataan sensasi delight boleh digantikan dengan hidangan sensasi dan rasalicious digantikan dengan rasa enak. | Tatabahasa | 20.06.2008 |
| Kemasukan kata *pancung - kenapa tiada takrif berkaitan dengan kenderaan air yang bernama *bot pancung? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 320-321), kata/frasa bot pancung diletakkan di bawah entri/kata bot. Bot pancung diberikan takrif seperti yang berikut: bot pancung bot yang dibuat daripada kayu dan digunakan untuk membawa penumpang atau barang secara tidak sah. Contoh penggunaan: Kastam menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah bot pancung yang dipercayai sarat dengan muatan rokok keretek. Di bawah entri/kata pancung, masih tiada makna dikaitkan dengan keadaan ini. Cadangan bagi memasukkan makna ini akan dipertimbangkan. Harap maklum.
| Makna | 05.11.2022 |
| Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain? | Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain? Konsep "Arab Spring" yang berlaku di beberapa negara Arab seperti Mesir dan Tunisia membawa maksud penukaran kerajaan secara tidak sah melalui gerakan revolusi dan keganasan. Gerakan revolusi membawa maksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata. | Istilah | 05.07.2013 |
| adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korang | Sebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau. | Tatabahasa | 26.05.2014 |