Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Telur mengatakan lepang tak pandai duduk.

Bermaksud :

Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula.

Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar.

Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat.    

Makna10.01.2008
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah.Istilah04.08.2010
Dalam kata bilangan, kita sepatutnya menggunakan "pelbagai jenis buah" atau "pelbagai jenis buah-buahan"? Pada pendapat saya, buah-buahan telah membawa maksud jamak, jadi sepatutnya "pelbagai jenis buah" betulkah? Tapi selalunya ternampak buku-buku dan surat khabar menulis "pelbagai jenis buah-buahan"..Saya bersetuju dgn sdr dengan frasa "pelbagai jenis buah" yang membawa maksud jamak. Apa yg kita lihat dalam akhbar, kemungkinan penulis tidak sedar bahawa mereka telah menggunakan bahasa yg lewah atau pembaziran dalam penulisan . Kadang kala terdapat juga pihak yg tidak berapa peka atau mahir dalam penggunaan kata bilangan dlm penulisan sama ada dalam akhbar ataupun penerbitan lain. T.kasih.Lain-lain17.08.2008
Apakah jenis ayat di bawah. 1. Sedar atau tidak bahasa Melayu ketinggalan sebagai medium utama dalam dua revolusi terdahulu, iaitu Revolusi Pertanian (8000 sebelum Masehi) dan Revolusi perindustrian ( 1765 Masehi) 2.Kini dunia mengalami gelombang ketiga menerusi Revolusi Teknologi Maklumat yang dikatakan bermula seawal 1955. 3. Revolusi ini mempercepatkan lagi proses globalisasi, mencorakkan semula ekonomi serta mempengaruhi cara hidup dan cara manusia bekerja. 4.Sejak awal lagi bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa komunikasi utama di internet. 5. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang sangat dominan. 6. Apabila perniagaan di internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran.Kesemua contoh ayat yang diberikan boleh dikategorikan dalam kumpulan ayat penyata, iaitu ayat yang yang mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.Tatabahasa07.04.2013
Apa beza HAFAL dengan INGAT? Adakah bezanya spt memorize dan remember?Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ingat ditakrifkan sebagai masih ada dalam fikiran, tidak lupa:2. timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar 3. (dalam keadaan) sedar, siuman. Manakala hafal ialah sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan;Tatabahasa12.10.2013
salam..sy nak tanya betul tak ayat " Perancangan strategik peribadi menjadi motivasi bagi kita untuk sedar siapa kita dan akan ke mana bangsa ini"... sy nk tahu penggunaan "siapa" dan "mana" dalam ayat ini boleh digunakan atau tidak kerana sedia maklum kata tanya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata.harap dapat membantu.terima kasih.Pendapat saudara betul, siapa dan mana ialah kata tanya. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi: Perancangan strategik peribadi menjadi motivasi bagi kita untuk sedar siapakah kita dan akan ke manakah bangsa ini.Tatabahasa15.02.2012
Saya rasa salah satu halangan dalam pembelajaran bahasa Melayu bagi penutur bukan asli ada pada kata kerja. Kata kerja tidak seperti kata nama boleh merujuk kepada satu objek yang boleh nampak. Semasa saya berada di sekolah menengah dahulu, saya baca novel bukit kepong. Pada masa itulah saya sedar betapa rumitnya nak memahai kata kerja secara terperinci. Saya pernah mencadangkan buat satu kamus kata kerja kepada bos saya. Tetapi selepas saya mencadangkan benda ini barulah saya sedar betapa bodohnya cadangan saya itu. Bagaimanakah sebuah kamus yang hanya dimasukkan kata kerja berfungsi? Tetapi saya masih harap ada kajian terhadap bidang ini(kata kerja) dilakukan.Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata kerja ditakrifkan sebagai perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Sebagai orang awam terutamanya yang tidak ada asas linguistik agak sukar untuk memahami tafsiran sedemikian. Semoga buku Tatabahasa Dewan, edisi pelajar yang bakal terbit dapat membantu kita mempelajari dan lebih memahami bahasa Melayu.Lain-lain23.07.2012
Salam, saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi ungkapan berikut, "Body's essential needs." Adakah gramatis jika saya terjemahkan ungkapan tersebut sebagai "Keperluan perlu tubuh?" Saya sedar bahawa terjemahan "Keperluan penting tubuh" adalah lebih sesuai, tetapi saya ingin tahu jika terjemahan saya sebelum itu boleh digunakan. Terima kasih.Keperluan perlu tubuh tidak gramatis dalam ungkapan tersebut. Kami cadangkan ungkapan keperluan tubuh atau keperluan penting/utama tubuh digunakan.Tatabahasa31.07.2012
salam sejahtera. apakah padanan terjemahan bagi istilah "altered state of consciousness" dalam bidang perubatan? terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "altered state of consciousness". Dalam istilah Perubatan, istilah bahasa Melayu untuk "altered" ialah terubah. Contohnya "altered kinesthesia" menjadi kinestesia terubah. Istilah bahasa Melayu untuk "conciousness" ialah kesedaran. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah keadaan sedar terubah atau keadaan kesedaran terubah.Istilah22.04.2013
Apakah maksud perbezaan antara perkataan 'baru' dan 'baharu'? Sila berikan fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada' mengapakah kata sendi nama 'pada' tidak boleh digunakan kepada ayat berikut: Sila datang ke perkahwinan kakak saya.Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Manakala sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi. Pada pula kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.Tatabahasa01.02.2010
12

Kembali ke atas