Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Sudah mati kutu.

Bermaksud :

Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(62)

35

A bird in the hand is worth a hundred flying

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya adakah laman web http://www.karyanet.com.my sudah tidak berfungsi atau sudah di ganti dengan laman web lain.. Ini kerana ia sudah tidak dapat di akses.. Laman ini sangat berguna..

Assalamualaikum

Saya cadangkan saudara melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan rujukan berkaitan kebahasaan dan khazanah persuratan melayu di alamat http://www.dbp.gov.my

Terima kasih 

Lain-lain28.03.2010
mengapa semenjak hari sabtu (21 sept 2019) saya dapati capaian di kamus dbp sudah tidak seperti selalu? banyak terma yang saya cuba cari sudah tidak lagi dipaparkan. Contohnya, perkataan english - malay, "jumpsuit", "amazing" "incredible" saya seorang penterjemah bebas dan selalu bergantung kepada kamus dbp untuk memastikan kerja saya tepat. Saya harap kamus dbp dapat digunakan seperti sediakala secepat mungkin.

Masalah ini merupakan masalah  teknikal dan pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut. Pihak tuan sudah boleh mengakses laman web tersebut untuk carian perkataan.

Lain-lain22.09.2019
Adakah DBP sudah tidak berminat dengan istilah kejuruteraan kerana setiaap kali saya menaipnya tidak ada jawapan (tiadda rekod). Apa sudah jadi dengan istilah itu adakah sudah dikuburkan bersama perkembangan IT atas talian.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah kejuruteraan? Adakah perkataan kejuruteraan itu atau perkataan lain dalam bidang kejuruteraan? Berdasarkan semakan kami data kamus dan istilah bagi perkataan kejuruteraan dan perkataan lain dalam bidang kejuruteraan masih wujud dalam pangkalan data kami.Lain-lain09.08.2017
salam... satu soalan... kata ganda yang menunjukkan banyak (benda) seperti buku-buku untuk menunjukkan banyak buku, kereta-kereta ( yang menunjukkan banyak kereta) adakah sudah tidak boleh digunakan lagi pada masa sekarang ? - Nazir sekolah beritahu sudah tidak digunakan lagi... betulkah???Sekiranya ayat/frasa tersebut sudah disertai oleh perkataan banyak, perkataan tersebut tidak perlu digandakan lagi. Contohnya banyak buku, banyak kereta, bukan banyak buku-buku, banyak kereta-kereta.Tatabahasa31.03.2010
Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar?Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard.Lain-lain29.09.2016
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Suaranya sudah tidak mendapat perhatian daripada ahli. 2. Sudah bertahun-tahun lamanya dia tidak pulang ke desa. 3. kekayaan itu bermula dengan usaha yang gigih. 4. Ada pekerja-pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat dengan melayari internet pada waktu bekerja.

Puan,

Ayat nombor 1 betul dari segi tatabahasanya. Ayat nombor 2 lebih gramatis sekiranya digugurkan perkataan sudah dan dimulakan dengan bertahun-tahun lamanya sementara ayat nombor 3, perkataan dengan hendaklah digantikan dengan perkataan daripada. Ayat nombor 4 boleh ditulis: sebilangan besar pekerja didapai melanggar peraturan pejabat dengan melayari Internet pada waktu bekerja.

Terima kasih.

Tatabahasa06.01.2011
Adakah kata akar takhlisan itu ialah takhlis? Jika ya, bolehkah saya gunakan seperti dalam ayat ini: 'Saya sudah tidak dapat ditakhliskan lagi.' (I am beyond salvation).

Untuk makluman tuan/puan perkataan takhlis tidak terdapat dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan edisi keempat, terdapat perkataan takdis yang bermaksud penyucian, pengudusan; dan penambahan imbuhan  bagi perkataan ini ialah mentakdiskan/ditakdiskan ( kata akarnya ialah takdis). Oleh itu, binaan ayat yang dicadangkan ialah “Saya sudah tidak dapat ditakdiskan lagi” atau  "saya sudah tidak dapat disucikan lagi”. Terjemahan yang tepat bagi “I am beyond salvation” pula ialah “ Saya sudah tidak dapat diselamatkan lagi”.

 

Ejaan07.04.2018
Saya sudah tidak terima pemberitahuan melalui e-mel jika soalan Khidmat Nasihat telah dijawab. Mengapa? Tolong baiki.Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain20.04.2019
Salam, Saya inginkan kepastian. Benarkah istilah Orang Kurang Upaya (OKU) kini sudah ditukar menjadi Orang Kelainan Upaya?Adakah ini bermakna penggunaan istilah Orang Kurang Upaya sudah tidak relevan? Sekian, terima kasih.Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan.Istilah14.08.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan warga tua?Warga tua bermaksud orang sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur tua atau bahasa halusnya orang tua.Makna31.08.2006
12345678910...

Kembali ke atas