1: kenapa "tempat" tidak lagi dipakai dalam akbar atau siaran radio/tv, tapi diganti dgn lokasi? | Lokasi sebagai pilihan kepada perkataan tempat. Penggunaannya menjadi hak penerbit tetapi mestilah disebut dan dieja dengan betul. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih. | Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
kebelakang ini, saya melihat banyak tempat nama tempat bermula dengan 'Ch' seperti Cherating, Chukai, Chemerong , Kuching, Panching ,Changkak telah di tukar tanpa huruf 'h' dan adakah ini wajar? Sewaktu di sekolah pada 70han, saya di beritahu bahawa hanya semua perkataan yang CH di tukar kepada C dan ini tidak termasuk nama tempat asal, Terima kasih dan selamat berpuasa. Skeet | Ejaan untuk nama-nama tempat yang telah digazetkan sebelum 1972 dikekalkan. Hanya nama-nama tempat selepas 1972 ditukarkan kepada sistem ejaan baru. | Tatabahasa | 22.08.2009 |
Penjelasan yang diberikan oleh tatabahasa pegangan berkenaan kata sendi nama' pada' telah mengelirukan saya. Penjelasan yang diberikan hanya merujuk keterangan tempat , waktu , tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja dan merujuk manusia dan haiwan ( yang mesti didahului kata kerja 'ada') . Namun demikian, saya dapati ayat contoh yang diberikan tidak menepati tugas kata sendi nama 'pada' seperti yang dinyatakan .Ayat contoh berikut ialah " Begnya pada saya ." | Penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, seperti Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi (keterangan waktu) dan Senarai nama pemenang ditampal pada papan kenyataan (keterangan tempat). Dan kata sendi nama pada juga digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti Wang itu ada pada ibu dan seperti ayat contoh yang tuan berikan bentuk yang gramatis ialah Begnya ada pada saya. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 274. | Tatabahasa | 17.12.2012 |
Perkataan 'di' dan 'setiap' perlu dirapatkan atau tidak? Apa alasannya? | Yang betul ialah pada setiap ..., bukan di setiap ... kerana situasi ini menunjukkan keterangan waktu dan tempat bukan tempat (di sudut) atau perbuatan (dibuat). | Tatabahasa | 07.05.2009 |
Sekadar bertanya, 1. Kenapa nama tempat Cyberjaya dan Putrajaya dicantum ? 2. Kenapa nama tempat Subang Jaya dan Petaling Jaya tidak dicantum macam contoh di atas ? | Dari segi ejaan, Cyberjaya dan Putrajaya sepatutnya dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, penamaan dan ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri /pihak berkuasa tempatan masing-masing. | Istilah | 30.05.2010 |
maksud perlindungan | Makna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; | Makna | 08.11.2009 |
Assalamualaikum, Saya ada persoalan tentang penggunaan dalam/di dalam. Sebagai editor BM, saya sedia maklum bahawa "di dalam" seharusnya digunakan untuk sesuatu yang ada ruang, tempat, dan masa. Walau bagaimanapun, bagi sesuatu yang kelihatana seperti ada ruang/tempat tetapi sebenarnya ruang/tempat tersebut adalah abstrak/tidak maujud, bagaimana pula? Contoh: "Buffer" ialah ruang dalam/di dalam memori komputer yang membolehkan data disimpan buat sementara. "Bug" ialah kepincangan dalam/di dalam program komputer yang menyebabkan kesilapan berlaku. ... simbol yang digunakan dalam/di dalam suatu senarai seperti -, +, @ dalam/di dalam perisian seperti PowerPoint. | Sekiranya merujuk kepada ruang yang abstrak atau tidak maujud, kata sendi yang betul dan sesuai ialah dalam. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Salam sejahtera. 1. Apakah istilah yang lebih sesuai bagi makmal/bengkel kemahiran hidup. jika makmal tidak melibatkan kajia sains. Jika bengkel bukan pula tempat membaiki tambahan pula bukan tukang yang bekerja Ia hanya sebuah kelas tempat belajar yang dilengkapi dengan peralatan. Terima Kasih. | Makmal bermaksud tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan, terutamanya dalam bidang sains atau teknikal, manakala maksud bengkel antaranya termasuklah kilang kecil, iaitu tempat perkerja melakukan tugas yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau kerja-kerja fizikal. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bukan setakat kelas akademik biasa tetapi juga melibatkan kerja-kerja kemahiran. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah bengkel Kemahiran Hidup.
| Tatabahasa | 09.05.2011 |
di manakah saya boleh merujuk perkataan yang dieja menggunakan ejaan lama seperti nama tempat. Contohnya Cherok, machang, alma, bubok | Untuk makluman puan, tidak ada satu garis panduan khusus atau rujukan khusus oleh masyarakat dahulu untuk menamai tempat dengan menggunakan sitem ejaan lama. Contohnya, Cherok, Machang, Bubok, dan sebagainya. Kemudian, nama tempat tersebut diwartakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, kini DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua untuk rujukan dan panduan untuk masyarakat atau pihak berkuasa tempatan untuk menamai sesuatu tempat atau daerah. | Lain-lain | 19.03.2009 |