| Salam tuan di talian....saya menghadapi kekeliruan dengan peribahasa 'cacing kepanasan'...adakakah 'cacing kepanasan' dikelaskan sebagai simpulan bahasa atau perumpamaan? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Cacing kepanasan dikelaskan sebagai peribahasa yang membawa takrifan sebagai tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan | Sastera | 08.11.2012 |
| 1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak? | Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
| Tuan, Apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di bawah: 1. Tampaknya wanita itu telah dapat menerima pemergian anaknyaitu kerana dia lebih tenang dari tadi. Terima kasih. | Ayat tidak tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Wanita itu telah dapat menerima pemergian anaknya kerana dia kelihatan lebih tenang dari tadi. | Tatabahasa | 04.01.2018 |
| 1. Cantik-cantik belaka atau cantik belaka 2. Nilai murni - mencuci pinggan masing-masingselepasmakan semasa aktiviti perkhemahan? 3. Nilai murni bagi makan dengan tenang walaupun tidak sendless makan di rumah ? | 1. Cantik belaka. Soalan 2 dan 3 tidak difahami maksudnya? | Lain-lain | 22.02.2014 |
| saya telah membeli buku kesantunan bahasa karangan prof dr awang sariyan namun tidak dinyatakan secara khusus ciri-ciri kesantunan bahasa. harap dpt membantu dgn memberikan secara ringkas ciri-ciri kesantunan bahasa tersebut. | Ciri-ciri kesantunan bahasa banyak, contohnya dari segi nada suara misalnya mestilah tenang, lembut, jelas, tidak nyaring, tidak sinis, tidak marah, mengawal perasaan, tidak mengada-ngada, tidak biadab dll. Sdr bolehlah merujuk buku-buku berkenaan kesantunan berbahasa yang ditulis oleh penulis lain selain daripada Dr Awang. | Tatabahasa | 08.08.2007 |
| Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima Kasih | Untuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat. | panas | 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik. | | hangat | 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedudukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau menyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat men- jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, menggentingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ perdebatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ perdebatan itu meresahkan orang ramai. | | Makna | 21.06.2014 |
| Salam sejahteraan.1.Saya nak tanya tentang peribahasa air tenang jangan disangka tiada buaya,bolehkah saya gunakannya untuk menjelaskan sesuatu situasi yang nampaknya selamat tetapi sebenarnya tidak?2.peribahasa tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas bermaksud adat yg tidak berubah,bolehkan saya gunakannya untuk menunjukkan keyakinan ,matlamat atau perkara lain yang tidak berubah walaupun mengalami cabaran? terima kasih | Salam, Berpandukan kepada makna kedua-dua peribahasa yang diberikan di bawah, tuan/puan boleh melihat kesesuaian peribahasa tersebut dengan situasi yang hendak disampaikan atau yang berlaku. 1. Peribahasa Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Takrif: Orang yang diam jangan disangka pengecut. 2. Peribahasa Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas. Takrif: Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. | Lain-lain | 13.10.2016 |
| Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu. | Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal. Ayat 2: Betul Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia. Ayat 4: Betul Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". | Tatabahasa | 24.04.2019 |
| maksud perkataan kalem | Maksud perkataan kalem mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah "tidak terburu-buru atau tergesa-gesa, sabar, tenang". Perkataan ini ialah bahasa Indonesia Belanda. | Makna | 04.10.2007 |
| Salam sejahtera, adakah kata "benang" dari segi kiasan membawa maksud tidak terputus-putus & bersambung-sambung? Sekian, terima kasih. | Benang ialah objek yang lembut dan dikendalikan dengan tenang, tekun dan sabar dek kehalusan dan kelembutan fitrahnya. Disebabkan itulah, benang terjelma dalam kiasan seperti Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain atau contoh lain Jangan menegakkan benang basah dan banyak lagi. Benang sukar diputuskan melainkan sengaja dipotong. Benang perlu dimasukkan ke lubang jarum untuk digunakan ketika menjahit. Fitrah benang yang lembut dan sukar putus itulah yang menyebabkan penggunaan dalam peribahasa mencapai maksud. | Makna | 14.05.2020 |