Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Bermaksud :

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapa kesalahan bahasa terlalu banyak kini ? pengunaan frasa yang tidak tepat ? pengunaan bahasa di papan tanda sangat menyedihkan.Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Lain-lain11.01.2013
Penggunaan perkataan 'adalah' dan 'ialah' oleh masyarakat kita masa ini tidak tepat saperti "Pemenang adalah ...", "Objektif persatuan adalah ...." dan dsb. Perkara ini kerap didengar melalui tv dan radio. Apakah tindakan dan langkah-langkah yang dilakukan oleh DBP untuk membetulkan perkara ini.Pihak DBP dari semasa ke semasa membuat pemantauan, teguran melalui surat atau pertemuan dan pemantauan semula. Pihak DBP juga mengadakan Kursus Penataran Bahasa Melayu kepada pihak media massa bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu yang betul.Lain-lain14.05.2010
Ketepatan Tema: Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti. Bolehkah digunapakai?Frasa "Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti" tidak tepat dari segi maknanya. Cuba lihat makna tiap patah kata satu per satu, transformasi bermaksud perubahan bentuk, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta/daya kreatif, inovatif bermaksud bersifat inovasi dan berkualiti.Tatabahasa18.03.2013
Kenapa dalam bahasa Melayu, perkataan "memperolehi" dikira tidak tepat, sedangkangkan perkataan "memperuntukkan" dikira tepat. Kenapa tidak Memperoleh = > memperuntuk / memperuntukkan => memperolehi. Sekian, terima kasih.Dalam bahasa Melayu kata oleh apabila mendapat imbuhan beR menjadi beroleh, imbuhan memper... menjadi memperoleh. Kata untuk apabila mendapat imbuhan memper...kan menjadi memperuntukkan.Tatabahasa11.03.2007
Adakah kata penguat bebas 'sungguh' boleh digunakan seperti contoh di bawah? tersungguh cantik.Tersungguh cantik tidak tepat, yang tepat ialah sungguh cantik atau cantik sungguh.Tatabahasa22.12.2010
Salam, boleh betulkan ayat ini " Ami menjadi sendi antara dua sahabatnya yang bermusuhan itu"Ayat tersebut tidak tepat dari segi makna, perkataan yang sesuai dalam konteks ayat tersebu ialah pendamai, Ami menjadi pendamai antara dua sahabatnya yang bermusuhan itu.Tatabahasa17.05.2013
Beberapa orang pekerja sedang menebus tanah ke dalam lubang yang dikorek itu. Ada kesalahan dlm ayat ini?Perkataan menebus tidak tepat digunakan dalam ayat.Perkataan yang menggantikan perkataan menebus  ialah menimbus. Sila rujuk Kamus Dewan untuk carian makna perkataan.Tatabahasa06.08.2013
Dahulu saya menggunakan ungkapan “perkara berikut”. Ungkapan ini dikatakan tidak tepat. Ungkapan yang tepat ialah “perkara yang berikut”. Saya sudah menggunakan ungkapan ini. Cuma saya tidak mampu menjelaskan sebab perkataan “yang” perlu ada dalam ungkapan ini. Mohon pencerahan.'Yang' ialah kata hubungan pancangan relatif yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Tatabahasa21.01.2013
Tuan, Ibu menutup lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu. Penggunaan terbuka dalam ayat betul atau salah ?Perkataan terbuka tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Terbuka bermaksud terdedah. Ayat tersebut boleh dipinda menjadi "Ibu menutup suis lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu".Tatabahasa01.08.2013
Dua orang pelajar telah didenda oleh guru disiplin oleh datang lewat. munsyi, adakah oleh sesuai digunakan dalam ayat ini? TQPenggunaan oleh yang kedua tidak tepat untuk ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga dan lihat penggunaan kata sendi dan kata hubung keterangan. Tatabahasa13.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas