assalamualaikum.tuan, sy ingin bertanya, apakah maksud implisit beserta huraiannya sekali? sy sedang mengkaji unsur implisit dalam teks ucapan.adakah implisit itu mempunyai banyak cabang pula id bawahnya? adakah eufemisme dan retorik termasuk dalam implisit? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, implisit didefinisikan seperti yang berikut: (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. Contoh penggunaan: Hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara implisit mahupun eksplisit. Untuk makluman, kami tidak mempunyai maklumat tentang cabang di bawah implisit seperti eufemisme dan retorik. Kami hanya boleh berikan maksud perkataan tersebut seperti yang berikut: Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar. Retorik pula bermaksud 1. (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar 4. berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk nutuk mempengaruhi pemikiran pendengar | Makna | 24.04.2012 |
Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'. Dalam kamus dewan perdana, contoh "ianya" juga merangkumi penggunaan ayat moden yang menyatakan itu ialah kata ganti diri bukan manusia walaupun sudah terang-terangan pakar bahasa menyatakan ianya ialah betuk bahasa yang salah, mohon pencerahan. Menteri itu mencadangkan ianya diseragamkan dengan kaedah penilaian barangan import. | 1. Pemasukan kata ianya berserta takrif dan contoh perkataan adalah bertujuan perakaman penggunaan kata tersebut. 2.Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 104) tidak menyenaraikan ianya sebagai kata ganti nama diri orang ketiga. Namun buku ini menyatakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. 3. Nahu Melayu Mutakhir (DBP, 2009:91) menyatakan bahawa ianya merupakan ganti nama diri bukan manusia (kata nama abstrak) yang digunakan dalam teks-teks lama. Menurut buku ini lagi, kata ianya muncul semula dalam tahun 1960-an. 4. Analisis korpus terkini mendapati bahawa penggunaan kata ianya terdapat dalam teks moden yang ilmiah walaupun pengajaran di sekolah telah menyatakan bentuk ini adalah salah. Hasil analisis mendapati bahawa makna bagi kata ianya adalah seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:796). | Makna | 26.08.2022 |