apakah maksud kerancuan bahasa | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain. | Lain-lain | 20.03.2008 |
carian kata bagi "tidak teratur" | Tidak teratur bermaksud tidak disusun dengan baik. | Makna | 30.12.2009 |
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu. | Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal. | Lain-lain | 10.01.2008 |
makna lintang-kedak | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-kedak bermaksud tidak teratur (letak sesuatu dll). | Makna | 14.02.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan kerancuan bahasa? | Menurut Kamus Dewan, kerancuan dikaitkan dengan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan atau kekeliruan.Kerancuan bahasa merupakan kekacauan atau kekeliruan yang berlaku dalam bahasa. Bagi melihat contoh ayat, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 22.07.2007 |
sila berikan maksud kerancuan bahasa dan sertakan contoh-contohnya. Terima Kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga kerancuan bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Sila rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melalui dengan melayari Laman Web DBP untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini atau rujuk akhbar-akhbar tempatan, buku atau majalah di pasaran. | Makna | 13.03.2008 |
salam. ingin mengetahui maksud perkataan MORAT-MARIT, COMOT-MOMOT,CORENG-MORENG, BEJANA, BASA-BASI dan perkataan berlawan MELABUHKAN | Morat-marit ialah tidak teratur. Comot-momot pula ialah sangat kotor, manakala coreng- moreng bermaksud penuh dengan coreng. Bejana bermakna bekas (air dll), balang, jambang. Basa-basi ialah adat istiadat, sopan santun. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 17.06.2008 |
salam, tuan apakah maksud perkataan keracuan bahasa? | Tidak kata racu/keracuan, perkataan yang betul ialah kerancuan bermaksud keadaan rancu (tidak teratur dan sebagainya) dan kerancuan bahasa lazimnya dikaitkan dengan penggunaan bahasa yang bercampur aduk. | Makna | 25.09.2011 |
Bagaimana bezakan "kelam-kabut" dan "huru-hara"? Keadaan politik "kelam-kabut" atau "huru-hara"? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, huru-hara bermaksud keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau seperti dalam contoh ayat; Jika rakyat bersatu padu, huru-hara tidak mungkin berlaku. 2. tidak aman; kacau-bilau: Negeri yang dahulunya aman sentosa itu telah menjadi huru hara. Perkataa kelam-kabut pula bermaksud tidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dalam keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dengan tidak teratur. Berdasarkan mkasud tersebut, penggunaan yang betul ialah keadaan politik kelam-kabut jika merujuk keadaan politik yang tidak teratur pengurusannya. | Tatabahasa | 19.10.2017 |
Apakah maksud yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah Bahasa Inggeris ini "Illegal, Unreported and Unregulated Fishing"? | Terjemahan yang sesuai untuk "Illegal, Unreported and Unregulated Fishing" ialah Penangkapan Ikan Haram, Tidak Lapor dan Tidak Teratur. | Makna | 08.08.2018 |