| Boleh jelaskan penggunaan tepat kata aras dan paras; contohnya ~ bahu, laut, dsb | Aras bermakna a) a) Had tingginya sesuatu permukaan air; paras; takat. Contoh ayat: Beberapa meter padu air mesti dipamkan ke dalam kolam yang panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya aras air naik satu meter. b) b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Kota Tinggi naik tiga meter. Paras bermakna a) a) Sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah. Contoh ayat: Gambar itu tergantung pada paras bahu. b) b) Aras; had yang menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat. Contoh ayat: Ali berendam sehingga paras dada. | Makna | 11.01.2021 |
| Jelaskan konsep bahasa tinggi dan bahasa rendah? Adakah bahasa tinggi dikaitkan dengan bahasa penjajah? Dan bahasa rendah dikaitkan dengan bahasa tempat yang dijajah? | Bahasa tinggi ialah bahasa Melayu tinggi yang merujuk penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Bahasa rendah (bahasa Melayu rendah) ialah lawan kepada bahasa tinggi. Bahasa rendah tidak dapat digunakan bagi tujuan keilmuan termasuklah berfikir dan berkarya dalam bidang-bidang saintifik, teknikal, teknologi dan falsafah tinggi yang abstrak, konseptual dan kompleks. Bahasa rendah hanya dapat digunakan bagi membaca, memahami, memikirkan dan menulis perkara-perkara yang mudah, cetek, remeh, dangkal dan dungu. | Tatabahasa | 25.03.2015 |
| perkataan yang sinonim dengan "pokok renek"? | Perkataan yang sinonim dengan pokok renek ialah pendek, tidak tinggi atau rendah. | Makna | 08.05.2007 |
| Apakah itu budaya tinggi dan budaya rendah? dan sumber rujukan mana yang boleh saya rujuk untuk mendapatkan penjelasan lanjut | Tidak ada maklumat yang rinci tentang budaya tinggi dan budaya rendah dalam pangkalan data kami. Budaya tinggi lazimnya diakitkan dengan budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; manakala budaya rendah dikaitkan dengan pengamalan yang kurang baik dan tidak maju. | Makna | 24.03.2015 |
| Assalamualaikum, saya ingin bertanya sama ada penggunaan kata hubung ‘justeru’ dalam ayat berikut adalah tepat: ‘Jumlah ganti rugi yang diberikan tidak terlalu tinggi atau rendah… justeru, tiada kekhilafan berlaku yang membolehkan mahkamah ini campur tangan.’ Adakah penggunaan ‘justeru’ sesuai dalam konteks ini, atau terdapat kata hubung lain yang lebih tepat? | Kata “justeru” boleh berfungsi sebagai kata hubung dan boleh hadir pada pertengahan ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, “justeru” dalam konteks tersebut berfungsi sebagai penanda wacana. Ayat yang betul ialah “Jumlah ganti rugi yang diberikan tidak terlalu tinggi atau rendah. Oleh itu, tiada kekhilafan berlaku yang membolehkan mahkamah ini campur tangan.”. | Tatabahasa | 21.04.2026 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah perbezaan simpulan bahasa yang biasa ditulis di dalam surat permohonan/jemputan ini: 1. Rendah hati 2. Rendah diri Yang mana satukah lebih sesuai digunakan di dalam surat permohonan/jemputan? Maksud di dalam carian google tidak konsisten. Tetapi berkisar kepada rasa rendah. Secara umum, samada merendahkan kemampuan diri atau tidak sombong. Kedua-dua definisi ini digunapakai secara silih berganti. "Permohonan" dan "Jemputan" juga adalah dua situasi yang berbeza yang mungkin memberi implikasi kepada penggunaan dua simpulan bahasa yang tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih. Arnida | Wassalam, Mengikut Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua, kedua-dua simpulan tersebut terakam dan membawa maksud yang tidak jauh berbeza. 1. Rendah diri = perasaan hina: "Orang yang hendak maju hendaklah hilangkan perasaan rendah diri". 2. Rendah hati = tidak sombong: "Walaupun berpangkat tinggi tetapi dia seorang yang rendah diri". Merujuk kedua-dua kamus ini, simpulan bahasa yang sesuai untuk permohonan dan jemputan ialah "Rendah Diri". | Lain-lain | 29.01.2019 |
| apakah dasar penggunaan bahasa melayu di institusi pengajian tinggi swasta? | Dalam sistem persekolahan kerajaan, penggunaan bahasa Melayu diwajibkan sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke institusi pengajian awam. Bagi pusat pengajian tinggi swasta, tidak dapat dipastikan tentang penggunaan bahasa Melayu. Sila rujuk Jabatan Pengajian Tinggi (Swasta), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. | Lain-lain | 19.02.2008 |
| salam . apakah perkataan berlawan buncit | Untuk makluman saudara, tidak semua perkataan ada lawannya. Tidak ada perkataan lawan bagi kata buncit yang lazim diungkapkan seperti gemuk lawannya kurus dan tinggi lawannya rendah. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
| Selamat pagi,saya ada kemuskilan mengenai perkataan berlawan untuk pagi. Adakah jawapannya petang atau malam? terima kasih | Pertentangan perkataan tidak berlaku pada semua perkataan. Perkataan lawan/antonim pagi perkataan “pagi” bukanlah satu lawan satu seperti hitam lawannya putih, tinggi lawan rendah. Perkataan “pagi” berantonim dengan maghrib, malam, petang, senja. | Tatabahasa | 06.03.2014 |
| Adakah perkataan 'terinjut-injut' merupakan perkataan Bahasa Melayu yang tepat? Perkataan ini sering digunakan di dalam novel yang bermaksud bahu bergerak turun naik kerana menangis tersedu-sedan. | Tidak ada perkataan 'terinjut-injut' dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dan lain-lain) turun naik (tinggi rendah), seperti ayat "Ia berjalan terenjut-enjut". | Ejaan | 22.11.2020 |