Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : satu kurang drpd empat; ~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; ~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan; tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; meniga menjadi yg ketiga; ~ hari meng­ada-kan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), ke­semua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian; sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian, 33% (drpd sesuatu bilangan dll); mempertiga membahagi tiga; sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut malam (selepas tengah malam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiga I

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang dalam;
Teresak-esak menanggung rindu,
     Sampai tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(115)
Peribahasa

Tiga sudah berdiri habis.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan iaitu: ilmu, akal, dan mahir.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Lebaran... Apakah perbezaan segi tiga dengan tiga segi?Menurut data kami, segi tiga ialah rajah yang mempunyai tiga sem­padan dan tiga sudut yang berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yang salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yang setiap sudutnya bernilai kurang daripada 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yang mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yang sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yang mempunyai satu sudut tepat, iaitu yang bernilai 90o. Manakala contoh ayat bagi tiga segi ialah rumahnya dihiasi rumput tiga segi.Makna10.07.2016
tuan, harap dapat penjelasan tentang penggunaan penjodoh bilangan melibatkan kata bilangan tentu? Nampaknya penjodoh bilangan digugurkan. Contoh tiga pelajar...., tiga kereta dll. Adakah sebarang panduan penggunaan? Terima kasihDalam tatabahasa bahasa Melayu, penjodoh bilangan penting bagi pasangan kepada nama sesuatu benda untuk menunjukkan bilangannya, contohnya tiga orang pelajar dan tiga buah kereta.Lain-lain23.11.2011
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan?Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.04.2012
Bagaimana hendak ditulis bagi ayat berikut 'Sejak dua tiga hari' atau 'sejak dua-tiga hari'? Perkataan 'dua tiga' itu perlu dijarakkan atau perlukan tanda sempang?Ejaan yang betul, "sejak dua tiga hari...".Tatabahasa02.03.2015
Tuan/Puan, Soalan seperti di bawah: (1) Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (2) Selama tiga jam kami membincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (3) Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (4) Selama tiga jam kami berbincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (5) Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat Item (1) adalah salah setahu saya kerana imbuhan kan "membincangkan" tidak beleh disertai dengan kata sendi nama tentang di belakang. Adakah item (2),(3),(4) atau (5) betul dari segi tatabahasa? Terima Kasih atas tunjuk ajar dari pihak DBP.Ayat yang betul ialah Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat dan Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. Betul, membincangkan ialah kata kerja transitif aktif yang perlu diikuti objek selepasnya.Tatabahasa10.12.2015
yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf"yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf" 
Ayat yang betul ialah "Majlis perpisahan untuk tiga orang staf". Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; "Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sahaja".  Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama "untuk" sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu).
Tatabahasa23.01.2014
Kata Nama - penggunaan kata nama yang betul...tingkatan tiga teratai @ Tingkatan Tiga Teratai?Tingkatan Tiga Teratai ialah kata nama khas.Tatabahasa26.01.2011
salam 1Malaysia. adakah penggunaan perkataan 'dari tiga' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon pembetulan. contoh ayat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Dari tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar.Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Daripada tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar.Tatabahasa27.08.2015
Penggunaan (/) dalam bentuk penulisan satu/ dua/ tiga atau satu/dua/tigaPenggunaan (/) yang betul ialah satu/dua/tigaEjaan02.08.2019
1)Adakah perkataan "tahun tiga" ialah kata nama khas? 2) Ayat yang manakah betul penggunaan huruf besar dan huruf kecil seperti di bawah. a) Semua murid tahun tiga. b) Semua murid Tahun Tiga.Selamat pagi

Bagi kata nama khas, huruf besar boleh digunakan. Semua murid Tahun Tiga.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa08.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas