Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempersona bagi menyerlahkan keperibadian anda. atau kini... mempesonaKata terbitan yang betul ialah mempesona, Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempesona bagi menyerlahkan keperibadian anda.Tatabahasa29.05.2012
Apakah perbezaan antara panji-panji dan bendera?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud panji-panji ialah kain yang biasanya berbentuk segi tiga sebagai tanda atau bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). Manakala bendera pula bermaksud sepotong kain segi empat atau segi tiga dgn gambar atau warna tertentu yang digunakan sebagai lambang atau sebagai tanda. maka panji-panji dan bendera merupakan benda yang sama.Makna30.07.2016
setahu saya kata adjektif hanya terima tiga imbuhan iaitu se, ter, ke...an. Bagaimana pula dengan 'ber'? Contohnya: ber + warna= berwarna ber+ gembira= bergembira adakah berwarna, bergembira menjadi kata kerja terbitan atau kekal sebagai kata adjektif. Apa pula bentuk pola ayat di bawah: Baju itu berwarna biru ( FN + FK atau FN + FA) Budak itu sedang bergembira di tepi pantai ( FN + FK atau FN + FA)Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 162, golongan kata yang boleh bergabung dengan awalan beR- ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contoh awalan beR- yang bergabung dengan kata adjektif ialah bersedih dan berlapar, dan kata ini akan membentuk kata kerja. Baju itu berwarna biru (FN + FK). Budak itu sedang bergembira di tepi pantai (FN + FK).Tatabahasa26.05.2015
Dalam halaman 201 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga, dalam contoh ayat 261-266, bolehkah saya ubah ayat kepada ayat yang seperti di bawah ini: 261. LAMPU-LAMPU yang bergantungan di dinding 262. BENDERA-BENDERA warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. BINTANG-BINTANG bertaburan di langit. 264. BURUNG-BURUNG layang-layang berterbangan di angkasa. 265. DAUN-DAUN/DEDAUN berguguran di halaman rumah. 266. (Ayat dikekalkan) Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. 1. Jika ayat tersebut tidak boleh diubah seperti yang saya tulis di atas, apakah sebabnya? Boleh berikan keterangan? 2. "Kanak-kanak" bukan kata ganda kerana "kanak-kanak" ialah satu perkataan? 3. "Dedaun" sama dengan "daun-daun"?Perkataan bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran dan berkejaran ialah kata kerja terbitan yang terhasil daripada  penggunaan apitan beR-...-an yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak.  Oleh itu subjek seperti lampu, bendera, bintang, burung layang-layang, daun kering tidak perlu digandakan lagi. 

Manakala kanak-kanak pula ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, kanak-kanak betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut..
Lain-lain05.05.2014
Mohon pandangan/ ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna Lain-lain07.01.2019
Mohon pandangan/ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan di negeri Perak.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna Lain-lain07.01.2019
Saya ingin bertanya apakah maksud perkataan di bawah.. cth: jogi berhaman bujangga apakah maksud haman? cth: Ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ujub. apakah maksud meruncup? cth: Ada di sisi gunung itu kandang baginda, ... diukir pelbagai warna, dan nakas, dan selimpat. apakah maksud nakas? Ketiga-tiga perkataan tidak wujud sama ada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 juga kamus-kamus Melayu lain. Oleh itu saya ingin memastikan adakah perkataan ini wujud dan apakah maksudnya. Terima Kasih.Jawapan untuk soalan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan pihak DBP memerlukan  sedikit waktu lagi untuk menjawabnya.Istilah25.10.2010
Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas.1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah".


2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:


i. Kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah


ii. Kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu


iii. Kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal


iv. Kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis


v. Kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau


vi. Kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat


vii. Kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan


viii. Kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah


ix. Kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat


Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 225.

Tatabahasa19.03.2024
Apakah perbezaan antara kelam, malap dan kusam?

Perkataan "kelam” dan “malap” digunakan dalam  konteks cuaca/cahaya yang kurang terang, penglihatan yang kabur, warna yang pudar dan tidak berseri, makna kiasan contohnya keadaan sesuatu perkara yang tidak pasti, fikiran dan perasaan yang tidak menentu. Perkataan "kusam” digunakan dalam konteks keadaan sesuatu contohnya perhiasan yang kelihatan pudar, tidak berseri, merujuk rupa seseorang kelihatan pucat, warna kulit yang tidak cerah dan cahaya yang tidak terang. Perkataan “kelam”, “malap” dan “kusam” mendukung makna yang hampir sama, namun perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut adalah berdasarkan penggunaannya  perlu disesuaikan dengan konteks ayat.   

Makna01.11.2021

Kembali ke atas