Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.kar] | تيکر

Definisi : sj hamparan drpd anyaman daun mengkuang dll yg dibentangkan sbg alas duduk (tidur dll); ~ bangkar sj tikar yg kasar anyamannya; ~ bantal tikar dan bantal (segala alat utk tidur); ~ getah a) sj tikar kecil drpd getah (utk lapik tidur bagi kanak-kanak); b) sj tikar yg dibuat drpd bahan buatan utk melapis lantai; ~ ladang sj tikar yg kasar anyamannya; ~ pacar tikar yg berwarna; ~ putih tikar yg tidak berwarna atau bercorak; ~ rumput sj tikar yg dibuat drpd rami (menerung, pisang, dll); ~ sejadah = ~ sembahyang tikar (permaidani kecil dll) yg digunakan sbg tempat sembahyang; ganti (menggantikan) ~ = lepas bantal berganti ~ prb berkahwin dgn adik isterinya (atau saudara suaminya) yg telah meninggal; bertikar mempunyai atau ditutupi tikar: mahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yg tidak ~ itu; bertikarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg tikar: kami ditempatkan di sebuah pondok yg beratap rumbia dan ~ buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kar] | تيکر

Definisi : hamparan yg dibuat drpd anyaman daun mengkuang dll dan digunakan sbg alas duduk, alas tidur dll. ~ getah a. tikar yg dibuat drpd getah utk lapik tidur kanak-kanak. b. tikar yg dibuat drpd bahan buatan utk menutup lantai. ~ sembahyang tikar atau permaidani kecil utk tempat bersembahyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikar (kata nama)
Bersinonim dengan serampin, kelasa, sejadah, hamparan, permaidani, ciu.,

Puisi
 

Tikar pandak sambar gelama,
     Mari bentang haluan perahu;
Saya hendak sudahlah lama,
     Saja tuan buat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Sudah bergulung lapik (= tikar) saja.

Bermaksud :

Sangat miskin, tiada pakaian untuk dipakai.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tikar bembam yang dianyam oleh Nenek Hendun itu benar cantik. Maaf, saya ingin bertanya adakah ejaan bembam itu betul atau ejaan yang tepat adalah bemban?Ejaan yang betul ialah bemban.Ejaan11.05.2020
Salam sejahter, apakah penjodoh bilangan yang tepat untuk tikar? 1. Ibu membentangkan segulung tikar di bawah pokok sebelum menghidangkan makanan. @ 2. Ibu membentangkan sebidang tikar di bawah pokok sebelum menghidangkan makanan. Sekian, terima kasih.Penjodoh bilangan untuk tikar ialah sehelai.Tatabahasa26.12.2012
Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. bolehkah terangkan penggunaan daripada..... kalau ayat "tikar diperbuat daripada buluh" memang betul, kenapa kita tidak boleh gunakan " Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh". boleh terangkan penggunaan dengan dan daripada. sekian terima kasih.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 
i. membawa maksud bersama-sama atau berserta (Ayah pergi ke pekan dengan ibu.)  
ii. membawa maksud cara sesuatu dilakukan (Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.) 
iii. membawa maksud memakai atau menggunakan (Ani melukis potret itu dengan cat air.)
iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama (Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.)

Tatabahasa04.09.2013
Salam sejahtera, 1. Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. 2. Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh. Ayat di atas yang manakah betul. Terima kasih....Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh.Tatabahasa02.09.2013
Apakah penjodoh bilangan untuk tikar,selain dari sebidang.Apakah sehelai juga boleh digunakan?Penjodoh bilangan untuk tikar ialah sehelai.Tatabahasa19.07.2010
Salam sejahtera ! 1. Ali duduk di atas tikar sambil makan. 2. Ali makan sambil duduk di atas tikar. Ayat yang mana betul ? Mengapa ? Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Ayat tersebut merupakan ayat majmuk gabungan yang menggunakan kata hubung sambil.Tatabahasa19.05.2015
1)Cik Amy membentangkan (sehelai/sebidang/sekeping) tikar untuk tetamu-tetamunya yang baru sampai.Jawapan yang mana tepat?Cik Amy membentangkan sehelai tikar untuk tetamu-tetamunya yang baru sampai. Tatabahasa17.07.2011
Salam tuan di talian, Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan anti-slips mats? Bolehkan jika diterjemahkan sebagai tikar antigelincir? Sekian, terima kasih.Istilah anti-slip mat tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk istilah slip ialah gelincir. Oleh itu, istilah tikar antigelincir boleh digunakan.Istilah17.02.2011
a)Batu itu saya lontar ke dalam sungai. b)Tikar itu dianyam oleh nenek saya. ~Adakah ayat-ayat ini ayat pasif? a)Mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku @ lagu " Negaraku". b)Meng Kiat membawa pen,pemadam dan pembaris.Adakah di depan perkataan dan perlu letak tanda baca"koma(,)?

1. Batu itu saya lontar ke dalam sungai. Tikar itu dianyam oleh nenek saya. - kedua-duanya ayat pasif

2. Mereka sedang menyanyikan lagu "Negaraku".

3. Tidak perlu tanda koma sebelum dan. 

Tatabahasa21.07.2011
Adakah ayat berikut betul atau salah? Anyaman tikar mengkuang itu amat kemas sekali. Pengguaan 2 kata penegas adalh salah, tetapi banyak soalan yg mnggunakn ayat spt di ats dibetulkn dlm skema jwpn.Frasa amat kemas sekali boleh digunakan. Untuk makluman tuan, amat dan sekali merupakan kata penguat bebas. Kata penguat amat, sungguh dan sangat boleh diikuti kata penguat belakang sekali.Tatabahasa31.08.2013
12

Kembali ke atas