Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.lam] | تيلم

Definisi : lapik tidur yg dibuat drpd kain yg diisi dgn kabu-kabu dll, kasur; ~ berspring tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; ~ catur = ~ cekam (bercengkam) tilam yg di­jahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); kain ~ kain cadar, kain penutup tilam; jatuh di atas ~ prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan cantik serta kaya dll; bertilam berlapik (memakai) tilam, ber­kasur: walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan; ~ air mata sl menangis ketika tidur (orang dlm percintaan); ~ pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat); bertilamkan mempunyai (menggunakan dsb) sesuatu sbg tilam: ~ susunan surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.lam] | تيلم

Definisi : lapik tempat tidur dll yg dibuat drpd kain yg diisi kekabu dll: ~ getah tilam yg dibuat drpd getah. bertilam ada tilamnya; berlapik dgn tilam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tilam (kata nama)
Bersinonim dengan kasur, lapik tidur, lembek, bok, bolsak, leca, metai.,

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun,
     namun hati tiada senang juga.

Bermaksud :

Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera, apakah padanan terjemahan bagi "pocket spring mattress"? adakah "tilam spring berpoket" atau "tilam spring poket"? terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "pocket spring mattress". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "spring mattress" yang padanan bahasa Melayunya ialah tilam spring atau tilam berspring. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "pocket spring mattress" ialah tilam spring poket.Istilah03.09.2013
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua.1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam.
2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu.
3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng.
4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu.
5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu.
6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua.
Tatabahasa10.08.2013
Saya ada terbaca dalam sebuah buku yang menyatakan bahawa penggunaan perkataan 'empuk' hanya merujuk kepada makanan. Jika situasi ini benar, maka penggunaan kerusi empuk, tilam empuk, sofa empuk dan lain-lain adalah salah. Bagaimanakah pula dengan perkataan 'sedap'? Adakah 'sedap' hanya merujuk kepada makanan? lBolehkah klausa lagu yang sedap didengar, sedap mata memandang, dan lain-lain digunakan ?Menurut Kamus Dewan, perkataan empuk mempunyai pelbagai maksud, selain bermaksud mudah dikunyah (berkenaan makanan), empuk juga bermaksud tidak keras, iaitu lembut yang merujuk kerusi dan tilam. Begitu juga dengan perkataan sedap selain merujuk makanan yang enak, sedap juga merujuk sesuatu yang sedap didengar (berkenaan bunyi, muzik).Makna11.05.2010
1. Syor agar istilah PESAKIT TERLANTAR lebih sesuai untuk BEDRIDDEN PATIENT kerana a). bedridden adj terlantar sakit di katil. Kamus Inggeris-Melayu Dewan b). Kamus Sains. bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi pada bahagian anggota yang tertekan pada tilam bagi pesakit yang lama terlantar di atas katil seperti yang berlaku pada pesakit lumpuh atau koma. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan pesakit. Sinonim decubitus ulcer. (UBAT) Makanya istilah PESAKIT TERDAMPAR lebih sesuai untuk STRANDED PATIENT 2. Apakah bezanya "telantar" dengan "terlantar" 3. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Terkapar? 5. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Tersadai?

1 (a). Pesakit terlantar boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk bedridden patient.

 

1.  (b) Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England,  stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.”  Huraian lanjut pula;  

 

A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review.

 

A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.”

 

Berdasarkan huraian di atas, kami mencadangkan perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat).  

 

2. Ada kesilapan penaipan pada perkataan “telantar”. Ejaan yang betul ialah “terlantar” kerana dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan “ter”.


3. Pesakit tersadai lebih sesuai digunakan jika pesakit dalam situasi terbaring belunjur seperti dalam contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut:

 

“tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 

 

4. Pesakit terkapar tidak sesuai kerana terkapar bermaksud terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. 

Istilah18.11.2018
Salam sejahtera, Apakah peribahasa yang dapat memerihalkan maksud sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keburukan secara serentak? Terima kasih.Peribahasa mengandungi maksud yang tertentu dan lazimnya satu peribahasa mengungkapkan suatu pengertian, seperti Jangan menggerak ular tidur (maksudnya bahaya jangan dicari) dan Jatuh di atas tilam (maksudnya beruntung kerana mendapat rezeki). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain.Tatabahasa13.04.2011
1)Apa perbezaan antara laras bahasa dan gaya bahasa? 2)Berikan kategorinya dan contohnya sekali.Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- Menurut Kamus Dewan, Gaya bahasa pula ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri dalam pelbagai kategori seperti personifikasi, metafora, simile, aliterasi dan sebagainya. Contoh gaya bahasa ialah - Api pelita meliuk-lintuk apabila dihembus angin. (Gaya bahasa personifikasi)-iaitu sikap manusia (meliuk-lintuk) yang diberikan kepada benda tidak bernyawa. Gaya bahasa sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak.Lain-lain03.07.2006
adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih.Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai.Tatabahasa16.06.2013
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut yang bermula dari kata kerja betul dari segi struktur ayat? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Dalam senarai daftar kata Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1, terdapat perkataan "palet" dalam kategori Pertanian. Tetapi perkataan "palet" dalam Kamus Dewan hanya terdapat maksud "papan nipis yg digunakan oleh pelukis utk membancuh warna" di mana tidak sesuai digunakan dalam kategori pertanian. Adakah perkataan palet ini boleh diberi maksud tilam jerami? Sekian, terima kasih.1. Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. contohnya: Bersenam menyihatkan badan dan Mengarang ialah pekerjaan yang mulia. Dalam ayat contoh suadara, ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Mencuri satu amalan keji.
2. Berdasarkan maklumat di laman web kami, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=palet, tidak ada istilah palet bagi maksud tilam jerami.
Istilah13.06.2012
apa maksud laras bahasa?apa ciri-ciri laras bahasa?apa kegunaan laras bahasa?pentingkah seseorang mengetahui tentang laras bahasa dan ciri-cirinya?Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- . Untuk jawapan yang lebih lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 36. Sekian, terima kasih.Lain-lain11.10.2006
Salam sejahtera.Harap tuan/puan dapat memberi penjelasan yang terperinci bagi soalan yang berikut: 1. Apakah perbezaan dari segi makna dan penggunaan bagi "terlentang" dan "tergelincir"? 2.Ahmad jatuh __________ kerana terpijak kulit pisang. Yang manakah jawapan yang betul? "terlentang" atau "tergelincir"? 3. ___________ ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam. Antara "semenjak" dan "setelah", yang manakah lebih sesuai? Mengapa? Sekian, terima kasih.

Telentang bermaksud terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai.

Tergelincir bermaksud terdorong kerana licin; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang; mula turun (tentang matahari); ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu.

Ahmad jatuh tergelincir kerana terpijak kulit pisang.

Semenjak bermaksud mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak.

Setelah bermaksud sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalan­an; ~ itu, lori itu melanggar saya.

Semenjak ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam.

Tatabahasa18.04.2014
12

Kembali ke atas