ADAKAH PERKATAAN 'TIM' DALAM BAHASA INGGERIS 'TEAM' DIDAFTARKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU DAN BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM PENGGUNAAN SEHARIAN | Padanan team dalam bahasa Melayu ialah pasukan atau kumpulan. | Istilah | 08.11.2009 |
Tuan, Dengan segala hormatnya saya ingin mendapatkan satu senarai susunan lengkap mengenai Panggilan Kehormat (contoh; YAB, YB, Yang Amat Berbahagia, Yang Berusaha dan sebagainya) yang digunakan di negara kita dan kepada siapakah gelaran/panggilan kehormat ini ditujukan. Sekian, terima kasih. Yang Benar, Cornelius Laab KotaKinabalu | YAB - Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri; YB- Menteri,Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, Yang Dipertua Dewan Negara,Dewan Rakyat,Tim. Yang Dipertua Dewan,Ahli Dewan Negara/Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. YABhg. - Isteri Yang Dipertua Negeri,isteri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia,Tradisi dan Amalan oleh Mokhtar Hj. Mohd. Toha dan Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri, terbitan DBP. | Lain-lain | 10.09.2007 |