Saya ingin membuat minit mesyuarat, ketua saya adalah seorang wanita. Apakah yang paling sesuai ditulis, Tuan Timbalan Pengarah atau Puan Timbalan Pengarah? | Lazimnya dalam penulisan minit mesyuarat, gelaran untuk orang yang mempengerusikan mesyuarat ialah "pengerusi", dan tidak perlu meletakkan "tuan" atau "puan" di hadapan perkataan "pengerusi". Untuk keterangan lanjut tentang penulisan minit mesyuarat yang baik dan betul, sila rujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, dan buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi, terbitan DBP. | Lain-lain | 16.01.2022 |
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-Pengarah | Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-Pengarah | Tatabahasa | 10.09.2008 |
bagaimanakah cara menulis atau penggunaan tanda / yang betul, dijarakkan atau tidak? Sebagai contoh: 1. Pengarah/Tinbalan Pengarah/Ketua Bahagian 2. Pengarah / Timbalan Pengarah / Ketua Bahagian | Tidak perlu dijarakkan. Contoh dalam penulisan: Pengarah/Timbalan Pengarah/Ketua Bahagian. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Jika dalam surat rasmi, penerima berjawatan tinggi seperti Timbalan Pengarah Jabatan tetapi tiada pangkat Datuk dan etc., adakah begini salutasi di surat? Alamat: YBrs. Encik XXX Salutasi: YBrs. Encik / YBrs. Tuan? | Kata sapaan hormat untuk penerima surat rasmi berjawatan tinggi tanpa anugerah darjah kebesaran ialah YBrs. diikuti dengan nama. | Tatabahasa | 06.03.2023 |
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic | 1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti. 2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti. 3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti. 4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan 6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti. 7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya 8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti. 10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan | Makna | 22.06.2008 |
maksud fungsi dlm bahasa melayu | Saudara, Makna fungsi ialah 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan. | Makna | 03.07.2010 |
Assalamualaikum. saya mahu bertanya tentang penggunaan sapaan encik dan tuan dalam surat rasmi. Jika kita surat itu kepada yang berpangkat, pengarah atau timbalan pengarah satu jabatan, kata sapaan yang sesuai adalah Encik Ali atau Tuan Ali ? Bagaimana pula kalau nama beliau sememangnya mempunyai Tuan dihadapan, contoh Tuan Ibrahim Tuan Man tu? | Kata "Tuan" merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Ali, Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya. Jika nama orang tersebut mempunyai "Tuan" di hadapannya, maka tidak perlu diletakkan sapaan encik/tuan lagi. | Lain-lain | 14.01.2021 |
Untuk ruangan kepada dan juga salinan kepada adakah perlu diletakkan nombor turutan jika penerimanya lehib daripada seorang? contoh: Kepada: 1. Pengarah 2. Timbalan Pengarah (perlu diletakkan nombor turutan?) | Jika salinan kepada surat lebih daripada seorang, masukkan nombor bagi setiap penerimanya. | Lain-lain | 17.11.2015 |
APA SUSUNAN SAPAA IKUT PROTOKOL YANG BETUL: DALAM PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU VIPNYA KETUA PENGARAH PELAJARAN, TETAMU UNDANGAN AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YB TENGKU ADNAN. PENGANJUR PEJABAT PELAJARAN PUTRAJAYA (TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN) | VIP DAHULU (KETUA PENGARAH PELAJARAN), TETAMU UNDANGAN YB. TENGKU ADNAN. DICADANGKAN BERTANYA KEPADA BAHAGIAN PROTOKOL DI KEMENTERIAN PELAJARAN | Lain-lain | 20.05.2011 |
Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti? | Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah. | Makna | 20.01.2011 |