maksud apitan kata kerja diper...kan? | Redapat dua pengetian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu: i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu. ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contonya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214. | Tatabahasa | 10.06.2009 |
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan. | Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 07.12.2011 |
Salam 1 Malaysia, Soalan saya adalah seperti berikut : 1) Wujudkah perkataan "dipertugaskan"? 2) Bagaimanakah cara menggunakan imbuhan "diper .... kan"? | 1. Tidak. 2. Terdapat dua pengetian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu: i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu. ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contonya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214. | Tatabahasa | 05.02.2013 |
tolong berikan maksud remaja dan maksud masalah sosial, cara untuk menangani dan punca mslh itu | Mengikut Kamus Dewan remaja antaranya bermaksud mulai dewasa,sudah akil baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Sosial bermaksud i. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,kemasyarakatan. ii. berkaitan dengan persahabatan,pergaulan dan aktiviti masa lapang 3. suka bergaul dan bermesra. Masalah sosial bermaksud masalah yang timbul daripada pergaulan dalam masyarakat. Dari segi cara untuk menangani dan punca masalah ini sdr. bolehlah membuat rujukan dalam majalah atau akhbar tempatan yang membincangkan perkara ini. | Makna | 30.07.2007 |
Mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu? (merujuk dalam buku tatabahasa terbaharu) | Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk iaitu i) Kata adverba jati, ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja dan iv) Kata adverba bentuk gandaan. Menjawab persoalan saudara iaitu mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu, dalam hal ini, mungkin timbul keperluan untuk membezakan Kata Adverba dan Kata Adjektif yang lebih menerangkan tentang sifat dan kata adverba mrnerangkan lebih kepada keadaan. (Contoh perlahan-lebih kepada cara atau gaya). | Lain-lain | 09.03.2007 |