| Adakah terdapat istilah khusus untuk terjemahan circle time? Circle time digunakan dalam modul aktiviti murid prasekolah | Salam sejahtera, Istilah yang sesuai untuk Circle Time ialah Aktiviti Perbualan Pagi. Sekian, terima kasih. | Istilah | 04.05.2020 |
| mohon padangan tuan/puan tentang frasa yang sesuai bagi "time awareness" dalam bahasa melayu. contoh penggunaan adalah "Time awareness is the ability to understand and feel time, and plan time. " | Cadangan padanan bagi istilah time awareness dalam bahasa Melayu ialah kesedaran masa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 14.03.2024 |
| Salam pihak DBP. Apakah terjemahan yang tepat/sesuai bagi "kinds of time." Contoh: Kinds of time. A child has to learn three kinds of time which are personal experience, social activity, and culture. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa kinds of time ialah jenis masa. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2024 |
| Apakah frasa dalam bahasa Melayu yang paling sesuai bagi "time slip". | Istilah time slip masih belum ada dalam data kami, cadangan yang sesuai bagi terjemahan istilah time slip ialah slip masa. | Makna | 16.02.2017 |
| berikut merupakan perkataan dalam bahasa inggeris yang memerlukan terjemahan kepada bahasa melayu. terma2 ini untuk digunakan dalam kajian berbentuk survey kesihatan. jadi kami memerlukan istilah yang betul2 menepati pemahaman umum. terutamanya soalan 2-6 (melibatkan kekerapan): 1. poor vision 2. all of the time 3. most of the time 4. half of the time 5. some of the time 6. none of the time sekian, terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. poor vision - sangat kabur 2. all of the time - sepanjang masa 3. most of the time - sangat kerap 4. half of the time - kerap 5. some of the time - tidak kerap 6. none of the time - tiada | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2016 |
| Saya perlukan cadangan untuk perkataan over time yang tidak merujuk kepada kerja lebih masa. Contoh ayat : Dementia steadily gets worse over time. Terima kasih. | Berdasarkan contoh ayat bahasa Inggeris yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya untuk over time ialah “lama-kelamaan”. (Lama–kelamaan penyakit demensia akan menjadi semakin teruk.) | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2018 |
| Apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk menterjemah istilah "Turnaround Time". Maksud untuk istilah berkenaan ialah "the total time taken between the submission of a program for execution and the return of the complete output to the customer" | Istilah bahasa Melayu untuk "turnaround time" ialah masa pusing balik. Istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. | Istilah | 28.02.2013 |
| Long time | masa yang lama/ masa yang panjang | Lain-lain | 03.07.2008 |
| Saya telah meminta khidmat nasihat untuk perkataan English over time (This disease will cure over time). Tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang respon. Sedangkan s jawapan dijanji diberi dalam 2 hari bekerja. | Mohon maaf atas kelewatan memberikan respons kepada persoalan tuan/puan. Berdasarkan contoh ayat bahasa Inggeris yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya untuk over time ialah “lama-kelamaan”. (Lama-kelamaan penyakit ini akan sembuh.) | Penyemakan dan penterjemahan | 14.05.2018 |
| soalan 1. ground contact time : bagaimana untuk menterjemah ke Bahasa Melayu? soalan 2. BM untuk perkataan "Cadence" dalam bidang sukan? | 1. Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa ground contact time dalam data kami. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat istilah contact time yang padanan bahasa Melayunya ialah masa sentuh yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Manakala ground pula bermaksud bumi atau tanah. Untuk terjemahan frasa tersebut, pihak tuan perlu sesuaikan dengan konsep dan bidang yang hendak disampaikan. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi cadens ialah kadens, iaitu corak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat) yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cadence untuk lebih lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2014 |