Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang istilah "time attack". Istilah ini belum wujud dalam PRPM. Jika merujuk pada kamus urban di Google, istilah ini membawa maksud: 1. An act of racing against time or a deadline to establish how fast a certain goal can be covered or done. 2. A form of competition in which an athlete races against the clock to establish how fast he or she can cover a given distance. NOTE: This is also the same thing as Time Trial. *Bolehkah sekiranya saya terjemahkan ia kepada "Serangan Masa" atau "Masa Percubaan"? Yang mana lebih sesuai? Terima kasih. | line-height: normal; color: #454545; -webkit-text-size-adjust: auto;">Merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, “attack” juga membawa maksud act of setting to work upon, iaitu pengerjaan atau penggarapan, maka kami mencadangkan “garapan masa” sebagai padanan bagi contoh ayat yang pertama. Contoh ayat yang kedua pula merujuk serangan (in a game, sport), oleh itu, kami mencadangkan “serangan masa” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi konteks makna “time attack” tersebut. | Istilah | 05.05.2020 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Merujuk kepada soalan saya bertarikh 04/05/2018 sebelum ini, saya ingin bertanya sama ada terjemahan Bahasa Melayu ayat berikut adalah tepat: "These terms and conditions are to be read together...and any other relevant terms and conditions as Bank may impose from time to time with twenty-one (21) calendar days' notice..." "Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama...dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan seperti yang mungkin dikenakan oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberi dua puluh satu (21) hari calendar (sic) terlebih dahulu makluman awal..." Terima kasih. | line-height: 150%;">Waalaikumussalam. Kami mencadangkan ayat dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: line-height: 150%;">"Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama... dan apa-apa terma dan syarat lain yang berkaitan seperti yang mungkin dikenakan oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberikan notis … selama dua puluh satu (21) hari kalendar". Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.05.2018 |