Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timur I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih.Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri  kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut:

1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung.

2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini.

Bagi ayat 1,2 dan 3  di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur)

Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis.
Ejaan16.01.2018
Salam, perlukah contoh perkataan di bawah menggunakan huruf besar? 1) Tamadun China atau tamadun China 2) Orang India atau orang India 3) Negara Timur Tengah atau negara Timur Tengah dan seumpamanya Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah tamadun China, orang India dan negara Timur Tengah.Ejaan13.12.2011
berikan contoh negara-negara yang berjaya dalam bidang ekonomi dunia...

Sila rujuk bahan ini :

1. Asia Timur : Pusat Pertumbuhan Ekonomi Dunia oleh Abibullah Hj. Samsudin. DBP : 2000

 

 

1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Asia Timur: pusat pertumbuhan baru ekonomi dunia1&Kata=Abibullah Hj Samsudin">Abibullah Hj SamsudinDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2000

Lain-lain11.03.2008
berikan satu sinopsis bagi keseluruhan bab dalam novel Aku Anak Timur.

Saudara boleh merujuk buku ini :

1. Penghayatan novel aku anak timur oleh Mahaya Yassin terbitan DBP : 2001

1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
Penghayatan novel aku anak timur1&Kata=Mahaya Mohd. Yassin">Mahaya Mohd. YassinDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2001

Lain-lain13.03.2008
1) Pantai laut, 2) pantai barat, 3) pantai timur, 4) vesel pukat tunda, 5) nama model seperti "model BCC", "model CCR" dalam analisis penyampulan data Perkataan 1-5 adalah dikategorikan sebagai kata nama khas atau kata nama am ?Pantai laut dan vesel pukat tunda merupakan kata nama am, manakala Pantai Barat, Pantai Timur, Model BCC dan Model CCR ialah kata nama khas. Untuk kata nama khas, huruf awal perlu menggunakan huruf besar. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1612.Lain-lain11.12.2023
Seperti berkepil.1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari.Makna27.12.2006
1) pada waktu pagi atau pada pagi? Sebab apa? Cth ayat: Suasana amat tenang pada pagi / pada waktu pagi yang berbahagia ini. 2) Apakah perbezaan antara ke dengan ke dalam? Cth: masuk ke dalam dewan atau masuk ke dewan? 3) Adakah dari semasa ke semasa mempunyai maksud yang sama dengan dari masa ke masa? 4) ke arah utara/selatan/timur/barat atau ke utara/selatan/timur/barat? Ribuan Terima Kasih !1. Penggunaan frasa “pada waktu pagi” dan “pada pagi” dalam contoh ayat yang diberikan, betul kerana kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.
2. Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Manakala “ke dalam”  merupakan frasa sendi nama untuk menunjukkan konsep ruang. Ayat yang betul ialah “Masuk ke dalam dewan”.
3. “Dari semasa ke semasa” membawa maksud yang sama dengan “dari masa ke masa”.
4. Frasa yang betul ialah ke arah utara, ke arah selatan, ke arah timur dan ke arah barat.
Tatabahasa23.01.2022
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul.

Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan.

 

Tatabahasa09.12.2008
1. jelaskan perbezaan penggunaan 'dari' dan 'daripada''Dari' digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. 'Daripada' menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu.Istilah07.08.2014
Saya ingin mendapatkan kepastian dan kelulusan untuk tulisan Jawi bagi papan tanda untuk cawangan kami di bahagian Kawasan Timur. Di sini saya lampirkan fail untuk semakan.

Ejaan Jawi dalam visual ini betul. Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my. Ada beberapa pembetulan yang perlu dibuat untuk disesuaikan dengan panduan papan premis.

1. Betulkan Pejabat Telekomunikasi kepada Pusat Telekomunikasi.

2. Pinda kedudukan perkataan Cawangan Timur ke bawah nama syarikat.

3. Selaraskan semula tulisan Jawi, tuan boleh semak melalui www.prpm.gov.my dan membuat carian dengan menggunakan huruf kecil pada ejaan perkataan.

Ejaan29.03.2021
12345

Kembali ke atas