Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam..mohon pandangan tuan, ayat manakah lebih sesuai bagi: "Ejen Hartanah" , "Ajen Hartanah" atau"Agen Hartanah"Ejaan yang betul ialah Ejen Hartanah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,  ejen bermaksud 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual. Contohnya, 'barang-barang gudang kalau dibeli daripada ejennya tentu lebih murah' 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll). Contohnya, 'beberapa orang ejen musuh.' Agen pula bermaksud  sesuatu yang menyebabkan berlakuĀ­nya tindak balas (proses dsb). Contohnya, agen pendebungaan; agen kimiaEjaan20.01.2012
Apakah perbezaan maksud perkataan kesan dengan pengaruh?Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat, kesan mempunyai pelbagai maksud, yang salah satu daripadanya bermaksud pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dsb) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan.

Pengaruh pula bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yang meninggalkan kesan kepada orang (lain) dll:
ia masih memikirkan tentang ~ wang kepada seluruh manusia dan seluruh dunia.

 

Makna03.04.2017

Kembali ke atas