Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tindak-tanduk;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ?

Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya).  

Tatabahasa24.05.2011
Kepimpinan dan kepemimpinan,sama maksud atau lain maksud?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Makna17.01.2012
Allah menurunkan model kepimpinan/kepemimpinan sama ada dari segi keperibadian mahupun kepimpinan/kepemimpinan universal.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami berpendapat perkataan yang lebih sesuai dan tepat ialah kepemimpinan.Makna10.04.2012
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur)Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.08.2010
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010
apakah yang dimaksudkan dengan leadership? kerana sesetengah pengkaji berpendapat kepimpinan dan sesetengahnya kepemimpinan. yang mana satu harus digunakan dalam kajian saya yang bertajuk Instructional Leadership setelah dialih ke bahasa melayu. terima kasih!!Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Oleh itu, puan boleh pilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks dan konsep istilah tersebut.Makna28.02.2013
salam, saya ibgin bertanya tentang panduan mengklafikasikan ayat dalam ulasan cerpen. Saya amat keliru mengenai ayat-ayat yang terdapat di dalam sebuah cerpen, Contoh ayat; Sang mentari mula mengambil tugas sang rembulan. Adakah perkataan 'mengambil alih ' boleh dianggap personafikasi? 1. Apakah yang dimaksudkan' keberkesanan stalistik'. Boleh jelaskan secara terperinci.Tterima kasih1. Personafikasi bermaksud memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang atau benda-benda yang abstrak. Perkataan mengambil alih bukanlah personafiaksi dalam konteks ayat tersebut.
2. Tidak ada maklumat tentang keberkesanan stalistik dalam pangkalan data kami.
Sastera02.08.2013
BERIKAN JENIS GAYA BAHASA SERTA MAKSUDNYA?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 440, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain

Personafikasi - memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak.  

Simile - unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunkaan perkataan seperti, umpama, bak , dan laksana untuk menunjukkan perbandingan.

Metafora - perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya.  

Alitrasi - pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak.

hiperbola - sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudari dalam hal ini. Terima kasih

Lain-lain08.01.2009
1. saya memerlukan makna KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 2. apakah perbezaaan antara KEPEMIMPINAN dan KEPIMPINAN? 3 beri contoh kedua-dua perkataan tersebut. Ini kerana saya sedang membuat Tesis Sarjana Sains Politik dari UKM. Pensyarah minta saya terangkan apa perbezaan antara Kepemimpinan dan Kepimpinan. pohon bantuan.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.
Makna26.11.2013

Kembali ke atas